Saingan bola sepak paling berprestij di rantau ini, Piala AFF Suzuki mungkin tidak akan berlangsung pada hujung tahun ini, sebaiknya ditangguh kw tahun 2021.

Baru-baru ini, Bahagian Kecemasan Konfederasi Bola Sepak Asia Tenggara (AFF) mengadakan mesyuarat bagi membincangkan tentang saingan edisi kali ini.

Dalam mesyuarat tersebut, majoriti ahli berpendapat pandemik COVID-19 mungkin akan berterusan sehingga penghujung tahun dan situasi tersebut bakal memberi kesan terhadap saingan.

Piala AFF Suzuki
Sumber Gambar: AFF

Beberapa ahli mencadangkan agar saingan dijalankan pada tahun 2021, sambil berharap situasi akan sedikit reda terutamanya di negara yang mempunyai tahap jangkitan tinggi.

Akan tetapi, wakil dari Vietnam, Tran Quoc Tuan tidak bersetuju dengan cadangan tersebut kerana 2021 merupakan satu tahun yang penuh dengan pelbagai acara sukan seperti Sukan Olimpik Tokyo, Piala Dunia B-20 Tahun dan juga temasya UEFA Euro.

Jika saingan Piala AFF diadakan pada 2021, kerisauan utama ialah peminat lebih memberikan fokus terhadap kejohanan lain yang lebih besar berbanding kejohanan dwi tahunan itu.

Mesyuarat akan kembali diadakan pada 30 Julai ini bagi meraih kata putus sama ada saingan akan diadakan pada hujung tahun ini ataupun pada 2021.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Piala AFF Suzuki di sini:

Media Thailand Senaraikan 5 Pengganti Chanathip Songkrasin Bagi Hadapi Piala AFF Suzuki 2020

Warrix Jalin Kerjasama Dengan Piala AFF Suzuki 2020, Jadi Pembekal Rasmi Bola Dan Jersi

Vietnam Mungkin Kehilangan Khidmat Nguyen Cong Phuong Hadapi Piala AFF Suzuki 2020