Setelah pandemik Coronavirus (COVID-19) semakin membaik, saingan liga Vietnam (V-League) dijangka kembali bersambung pada 15 Mei ini.

Menurut laporan, tiada kes baharu jangkitan COVID-19 dilaporkan di Vietnam sejak seminggu terakhir selain kerajaan tempatan tidak lagi mengenakan peraturan lockdown.

Perkara ini disambut baik oleh kelab bertanding dimana Ho Chi Minh City FC menjadi kelab pertama yang akan mengumpulkan pemain bagi menjalani sesi latihan.

Ho Chi Minh City FC
Barisan pemain Ho Chi Minh City FC. Sumber Gambar: AFC

“Sesi latihan adalah perkara yang perlu dilakukan kerana sebelum ini kami menghantar pulang para pemain ekoran pandemik COVID-19. Mereka mempunyai tahap kecergasan yang baik namun masih belum sedia untuk beraksi secara kompetitif.

“Kami mempunyai 10 hari untuk berlatih sebelum kembali menyertai saingan setelah mendapat pengesahan daripada VFF,” kata Presiden HCMC, Nguyen Huu Thang menurut laporan laman AFF.

Liga Vietnam
Nguyen Quang Hai ketika beraksi untuk Hanoi FC.

HCMC turut mengumumkan pihak kelab tidak akan memotong gaji pemain dan pegawai pasukan bagi bulan Mei dan Jun sekiranya saingan liga kembali disambung.

Liga Vietnam dihentikan buat sementara waktu pasa Mac lalu ketika negara tersebut dilanda penularan wabak COVID-19.

Baca artikel lain mengenai perkembangan liga bola sepak di Asia Tenggara di sini:

Malaysia Bakal Punyai Pemain Pertahanan Asean Termahal Jika Johan Dion Cools Sarung Jersi Harimau Malaya

Media Vietnam Berikan 4 Sebab Mengapa Sukar Untuk Nguyen Quang Hai Beraksi Di Luar Negara

Aidil Zafuan Tegaskan Belum Ada Penyerang Miliki Kualiti Seperti Khalid Jamlus