Bekas pengendali pasukan Kedah, Azraai Khor Abdullah berpendapat saingan Liga Super untuk mana-mana kelab yang mahu membangunkan pasukan.

Azraai berkata demikian ketika memberi komen mengenai prestasi semasa pasukan Perak yang dibimbing oleh Datuk Lim Teong Kim dimana pasukan itu menggunakan kebanyakan pemain muda.

Selepas enam perlawanan, Perak hanya mampu meraih lima mata dan menduduki tangga ke-10 dalam carta Liga Super. Azraai menegaskan beliau faham dengan tekanan yang dihadapi oleh Teong Kim namun itu bukan alasan untuk bertengkar dengan peminat atau membuat kenyataan kepada media.

“Perak menurunkan pemain muda tetapi saingan Liga Super tidak sesuai untuk pembangunan. Teong Kim tidak lagi bersama NFDP,” kata Azraai Khor.

Liga Super
Kredit Foto: Perak Football Club

Baru-baru ini, Teong Kim mengkritik persembahan pemainnya ketika tewas dengan keputusan 3-1 di tangan Penang dimana beliau menyifatkan Perak bermain dengan teruk.

“Perak separuh masa pertama mengarut. Saya kata mereka bermain dengan teruk. Mereka mungkin masih tidur ketika itu. Pada masa kedua, kami tukar semua pemain dan permainan berubah,” katanya.

Dua pemain import pasukan, Sunday Kolawole dan Luciano Guaycochea yang baru pulih dari kecederaan terpaksa diturunkan oleh Teong Kim ekoran tidak cukup pemain dan kini pasukan itu menanggung akibatnya setelah kedua-dua pemain mengalami kecederaan.

“Kita simpan mereka kerana mereka baru sembuh dan mengharapkan supaya mereka tidak cedera. Tetapi kita tiada pemain dan terpaksa menggunakan mereka dan sekarang (semalam) mereka sudah cedera,” tambahnya.