Sepak mula saingan Liga M3 musim 2021 terpaksa ditunda ke satu tarikh baharu ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang sedang dilaksanakan di seluruh negara ketika ini.

Perkara ini disahkan oleh Pengerusi Liga Bola Sepak Amatur (AFL), Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi dimana sepak mula dijadualkan bermula pada 4 Jun ini.

M3
Sumber Gambar: FAM

“Liga M3 tetap akan berjalan, cuma bila tarikh ia akan dimulakan itu yang tak pasti. Kalau 7 Jun ini PKP tamat, kita tak boleh anjurkan terus contohnya pada 10 Jun sebab mereka perlu berlatih sekurang-kurangnya sebulan. Jadi, mungkin Liga M3 mula pada Julai ini.

“Bagaimanapun ia tetap bergantung kepada situasi semasa. Kalau PKP 3.0 bersambung lagi, bermakna ia akan tertangguh lebih lama,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Sebanyak 20 pasukan telah mengesahkan penyertaan dalam saingan Liga M3 musim ini yang mana akan dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu A dan B.

Saingan divisyen ketiga dalam piramid bola sepak negara itu tidak dilangsungkan pada tahun lalu ekoran PKP 1.0 setelah Malaysia mula dilanda pandemik COVID-19 pada bulan Mac.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia di sini:

FIFA Luluskan Geran Bantuan ‘FIFA Fund for Football Players’ Untuk 147 Pemain Di Malaysia Bernilai RM1.88 juta

Melaka United Dapatkan Penyerang Dari Brazil, Bakal Gantikan Nikolic Dan Goncalves

Safawi Tidak Sabar Turun Berlatih Bersama Skuad Harimau Malaya