Pengerusi J. League, Mitsuru Murai mengesahkan saingan liga divisyen 1 di negara Jepun itu akan kembali bersambung pada 9 Mei 2020 selepas ditangguhkan selama dua sebulan susulan penyebaran wabak COVID-19 yang mengancam nyawa pemain dan jurulatih.

Menurut laporan daripada Japan Times, jawatankuasa eksekutif J. League telah mengadakan mesyuarat tergempar pada hari selasa lepas dan memutuskan untuk membatalkan rancangan menjadualkan semula perlawanan J.League pada 3 April gara-gara kerana peningkatan mendadak kes wabak pandemik itu.

Bagaimanapun, saingan divisyen 2, J. League 2 akan kembali bersambung pada 2 Mei 2020 manakala liga divisyen 3 dijangka akan diawalkan pada 25 April.

Murai turut menjelaskan rancangan untuk memulakan saingan J.League lebih awal terpaksa ditolak kerana ia mengambil masa yang lama untuk membuat persediaan dan mendapatkan peralatan mencukupi seperti alat ukur suhu bagi melindungi tahap kesihatan pemain serta pegawai pasukan.

“Ia adalah keputusan yang agak sukar dibuat,” kata Murai.

“Saya menghargai 56 kelab (dalam ketiga-tiga divisyen) kerana menerima keputusan ini yang melampaui kepentingan individu,” tambahnya.

Sebagai langkah untuk mencegah penyebaran COVID-19, J. League akan membuat polisi baharu dimana penyokong hanya dibenarkan memenuhi separuh daripada kapasiti stadium atau kurang bagi mengelakkan kesesakan di lokasi perlawanan.

Wabak pandemik itu telah menjejaskan perjalanan sukan utama di seluruh Jepun. Nippon Professional Baseball telah menangguhkan permulaan musimnya hingga 24 April, manakala Liga Utama Ragbi Jepun membatalkan baki perlawanan musim 2019-2020.

Baca artikel menarik mengenai perkembangan J.League melalui pautan dibawah.

JLeague Berkolaborasi Hasilkan Model Gundam Bagi Setiap Kelab J1 League Musim 2020

JLeague Capai Persetujuan Semua Kelab Untuk Laksanakan Tiada ‘Relegation’ Saingan Liga Musim 2020

Lihat Rekaan Bergaya Bilik VIP Stadium Mini Kelab Divisyen 4 Jepun Yang Mampu Kita Ambil Inspirasi