Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) telah menerima desakan daripada pelbagai pihak untuk membatalkan saingan Piala AFC (AFC Cup) tahun ini disebabkan oleh penularan wabak COVID-19 yang semakin meningkat.

Saingan kelab kelas kedua itu telah ditangguhkan sejak bulan Mac lepas dan dijadualkan bersambung semula bulan depan dengan empat negara menjadi tuan rumah.

Bagaimanapun, terdapat masalah logistik di lima zon dengan tiga kumpulan masih tidak mempunyai lokasi perlawanan yang disahkan.

“Dari segi logistik dalam mengkoordinasikan lima zon Piala AFC dan menyelesaikan pertandingan Inter Zon, Jawatankuasa Eksekutif AFC bersetuju bahawa pandemik itu telah menimbulkan kerumitan yang membawa kepada langkah ‘Force Majeure’ dan pertandingan musim 2020 terpaksa dibatalkan,” kata AFC dalam satu kenyataan.

Ahli Jawatankuasa Eksekutif dari Lebanon, Hachem Haidar mengesahkan melalui laporan dalam media antarabangsa, cadangan mengenai pembatalan Piala AFC telah dibincangkan dalam mesyuarat khas yang berlangsung hari ini.

“Terdapat cadangan daripada pelbagai pihak untuk membatalkan pertandingan itu dalam mesyuarat ahli jawatankuasa, dan ia dibentangkan kepada kami melalui perjumpaan dalam talian (video),” kata Haidar.

Kes wabak pandemik sentiasa meningkat setiap hari di beberapa negara Asia termasuk Malaysia. Bagaimanapun, setiausaha agung AFC, Datuk Windsor John minggu lepas menegaskan saingan AFC Champions League (ACL) tetap diteruskan tahun ini.

“Kita akan kekal komited dan yakin dapat menamatkan pada tahun ini,” jelasnya.

Baca juga artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah. 

RASMI: Saingan AFC B-19 2020 Ditunda Ke Tahun Depan

Pengarah Teknikal VFF Ramalkan Vietnam Akan Kalahkan Jepun Satu Hari Nanti

Pemain Profesional Wanita Jepun Ini ‘Buat Hal’, Sertai Kelab Bola Sepak Lelaki Di Jepun Secara Pinjaman Dari Chicago Red Stars