Kelab V.League yang berpangkalan di Ho Chi Minh, Saigon FC secara rasmi mengumumkan kerjasama dengan sebuah kelab Jepun yang beraksi dalam saingan J2 League, FC Ryukyu.

FC Ryukyu bukanlah satu nama asing untuk peminat bola sepak Malaysia kerana beberapa tahun sebelum ini 2 pemain Malaysia sendiri pernah bersama kelab itu – Wan Zack Haikal dan Nazirul Naim, pada musim 2014 dan 2014.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh FC Ryukyu melalui laman web rasmi mereka semalam, kerjasama yang disebut sebagai ‘Asia Strategic Partnership‘ ini bakal membuka pelbagai jalan serta peluang untuk kedua-dua belah pihak dalam industri bola sepak terutamanya.

Jepun sememangnya sedang giat melaksanakan pelbagai program bola sepak khusus untuk Asia Tenggara melalui visi dan misi yang telah ditetapkan sebelum ini bagi membantu menaikkan kualiti bola sepak dirantau ini khususnya.

Dengan temeterainya perjanjian ‘Asia Strategic Partnership‘ ini, FC Ryukyu akan memindahkan pelbagai ilmu dan ‘know-how’ dalam bola sepak serta meperkukuhkan dan membangunkan bola sepak di Vietnam dengan lebih mendalam.

Dan pastinya untuk Saigon FC pula mereka berpeluang untuk menghantar pemain-pemain mereka untuk beraksi dengan FC Ryukyu menggunakan kuota pemain-pemain dari ‘Partner Nations’ dimana pemain-pemain ini tidak akan dikira sebagai pemain import ketika beraksi dalam saingan J.League.

Lebih menarik lagi, Saigon FC musim ini baru sahaja menandatangani seorang pemain tersohor Jepun yang pernah beraksi dengan beberapa kelab terkenal di eropah iaitu Daisuke Matsui dan kehadiran ikon ini bakal membawa banyak manfaat kepada kelab terutama daripada syarikat-syarikat Jepun yang ada di Vietnam untuk bekerjasama dalam pelbagai bidang.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah ini.

Hanelang FC Masih Belum Jelaskan Tunggakan Gaji Pemain Selepas 3 Tahun Diarahkan Oleh FAM

Hadi Fayyadh Turun Beraksi Bersama Azul Claro Numazu Dalam ‘Training Match’ Berdepan Tokyo Verdy

RASMI: Al Jazira Club Tamatkan Kontrak Secara ‘Mutual Consent’, Kecederaan Omar Abdulrahman Punca Utama

Sumber