Ejen kepada Philippe Coutinho, Kia Joorabchian, menangkis khabar angin bahawa pemain itu akan berpindah ke Liga Perdana Inggeris bersama Arsenal dalam baki terakhir tempoh perpindahan kali ini.

Hal ini kerana Barcelona mahukan pemain tengah Brazil selepas tamat tempoh pinjaman di Bayern Munich.

Philippe Coutinho menghabiskan musim 2019/2020 bersama Bayern Munich. Dia membantu The Bavarian memenangi Bundesliga Jerman dan Liga Juara-Juara Eropah.

Beberapa bulan yang lalu, Bayern Munich mengesahkan bahawa mereka enggan menandatangani Philippe Coutinho secara tetap.

Coutinho kemudian dikatakan dalam senarai untuk dijual ataupun dipinjamkan dengan opsyen pembelian tetap.

Dua pasukan Inggeris yang dikaitkan dengan Coutinho adalah Arsenal dan Tottenham Hotspur.

Namun begitu Kia Joorabchian mengesahkan bahawa tiada peluang untuk pemain itu kembali semula ke EPL kali ini.

Segalanya berubah apabila Barcelona melantik Ronald Koeman sebagai pengurus mereka. Dan pengurus itu mahu menyertakan Coutinho di dalam projek beliau.

“Koeman memanggilnya Coutinho, tepat, sebaik sahaja selepas kemenangan Liga Juara-Juara Eropah. bersama Bayern.”

“Dan pada keesokan harinya, Koeman menyatakan kepada Coutinho bahawa dia jelas sekali ‘sangat’ berada dalam perancangannya dan menginginkan pemain itu kembali,” kata Joorabchian.

“Coutinho dijadualkan untuk kembali pada 7 September tetapi sebenarnya dia kembali pada awal September keranna Philippe Coutinho tidak ingin kehilangan momentum dan kecergasannya, dan dia telah berlatih dengan Barcelona,” katanya.

“Jelas sekali ketika ini menunjukkan bahawa Barcelona telah berubah secara dramatik.”

“Ini termasuk Falsafah mereka tentang bagaimana mereka ingin lebih baik daripada tahun lalu dan pemain yang mereka bawa, seperti Coutinho, [Ousmane] Dembele dan [Antoine] Griezmann, mereka semua akan menjadi sebahagian daripada skuad tahun ini,” tambah beliau lagi.

Baca juga perkembangan lain dari Eropah

RASMI: Sandro Tonali Bangga Jadi Nombor 8 Baru Milan, Sudah Minta Izin Gattuso Terlebih Dahulu

Willian: Kalau Saya Tahu Thiago Silva Ke Chelsea, Saya Akan Terus Kekal Di Sana

Greenwood Minta Maaf Di Atas Kesilapan Yang Memalukan