Bekas bek sisi Arsenal, Bacary Sagna tampil mengkritik pasukan Arsenal selepas kekalahan 0-2 The Gunners di tangan Chelsea.

Menurut Sagna, DNA pasukan Arsenal sudah hilang. Jika dahulu, peminat akan sentiasa yakin pasukan mereka akan menang. Malangnya sekarang, Sagna menyatakan ia sebaliknya.

Peminat akan lebih merasakan pasukan mereka akan kalah setiap kali turun beraksi termasuk Sagna sendiri. Sagna menyatakan bahawa beliau masih sayangkan Arsenal.

Seterusnya Sagna juga sentiasa menjangkakan pasukan Arsenal akan melepaskan bolos yang bodoh setiap kali beraksi.

Arsenal ini tewas 2 perlawanan berturut turut dalam pembukaan musim ini. Sekaligus meletakkan tekanan di bahu Mikel Arteta.

Sagna berkata kepada RMC: “DNA kelab ini sudah hilang. Setiap kali saya menyaksikan Arsenal sekarang, jujurnya, saya ‘tahu’ mereka akan kalah kebanyakan perlawanan mereka.”

“Perkara itu akan berlaku, dan kita akan melepaskan bolos yang bodoh.”

“Ketika zaman saya bermain, setiap orang akan teruja untuk menyertai Arsenal. Sekarang ini… kita sudah hilang identiti kita.”

Kritikan Sagna itu berlaku selepas minggu lalu Petit menyatakan bahawa beliau sudah semakin hilang keseronokan menyaksikan Arsenal.

Petit berkata: “Perlahan lahan saya semakin hilang minat ke atas Arsenal, dengan cara mereka bermain seperti ini, ianya langsung tidak membangkitkan emosi untuk menonton perlawanan mereka.”

Arsenal akan berdepan dengan West Brom pada pertengahan minggu untuk aksi Piala EFL. Dan pada hujung minggu mereka akan berdepan dengan Manchester City dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

Arteta sedar beliau perlu mengelak daripada kalah 3 perlawanan berturut turut selepas berbelanja besar musim ini.

Baca juga artikel

Arteta Puji Prestasi Arsenal, Peminat Kemudian Serangnya Di Luar Stadium

Pellegrini: “La Liga Adalah Liga Paling Lembab, Banyak ‘Time Wasting’, Simulasi Dan Memalukan”

Berbatov: “Arsenal Akan Memulakan Musim Ini Dengan Buruk Sekali”