Pemain tengah skuad Gergasi Merah, Safuwan Baharudin mencetus kontroversi apabila memuat naik video aksinya menabur garam atas daging stik di laman instagram miliknya sehingga mencetus kemarahan penyokong Selangor.

Beliau turut menyebut nama pemilik JDT yang juga merupakan pasukan pencabar Selangor dalam saingan Liga Super iaitu Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim dengan kapsyen “Just pure love, like the real boss” (Hanya cinta tulen, jadi seperti bos sebenar).

Situasi itu mengundang rasa kurang senang dalam kalangan penyokong Gergasi Merah dan mereka meramalkan pemain yang berusia 29 tahun itu mungkin akan menyertai JDT dalam masa terdekat.

Bagaimanapun, Safuwan menafikan sekeras-kerasnya mengenai penghijrahan ke skuad Harimau Selatan dan menjelaskan beliau tidak berniat untuk menyakitkan hati para penyokong Selangor.

“Saya ingin menjelaskan diri saya di sini. Saya tidak sangka bahawa tag dan post yang tidak bermaksud apa-apa akan menyebabkan banyak kebencian dan kekeliruan.

“Saya tidak berpindah ke JDT dan saya tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan JDT. Saya tidak bermaksud untuk menyakitkan hati atau menyinggung perasaan sesiapa.

“Dengan itu, saya ikhlas meminta maaf dan akan lebih berhati-hati dengan apa yang saya post di masa depan,” tulis Safuwan dalam satu kenyataan di laman instagramnya.

WhatsApp Image 2020-02-11 at 5.39.47 AM

Beberapa hari yang lalu timbul khabar angin mengatakan pemain dari Singapura itu akan meninggalkan Selangor untuk menyertai sebuah kelab gergasi di Liga Thai, selepas mendapat tawaran lumayan daripada kelab tersebut.

Desas desus itu berlaku apabila ucapan perpisahan di antara Safuwan dan seorang lagi pemain tengah skuad Gergasi Merah, Sandro Da Silva menjadi tular dalam kalangan netizen.

Namun, Ketua Jurulatih Selangor, B. Satiananthan ketika bercakap kepada Stadium Astro menafikan perkara tersebut.

84634358_3449412301797903_5174016293967233024_o

FOTO: FA Selangor

“Ada perbincangan di antara kelab kami dan kelab di Thailand. Itu menunjukkan bahawa Safuwan mempunyai kualiti. Kami berbangga dengan apa yang kami ada, iaitu seorang pemain yang berkualiti.

“Sebagai jurulatih, saya tidak mahu kehilangannya. Tetapi inilah bola sepak dan kami perlu memikirkan tentang kebaikan pemain. Namun, setakat ini, tiada apa-apa lagi,” jelas Satiananthan.

Lihat artikel lain untuk mengetahui tentang perkembangan pasukan Selangor melalui pautan dibawah.

Selangor Berdepan Risiko Tidak Dibenarkan Beraksi Di Stadium Shah Alam Atas Faktor Keselamatan

Dapat Diskaun, Selangor FA Telah Bayar RM150,000 Kepada Penganjur Meizhou Hakka Cup

Lelaki Ini Cadangkan FA Selangor Bangunkan Stadium Mini Shah Alam Untuk Kegunaan Pasukan.

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group