Bekas ketua pasukan skuad kebangsaan, Safiq Rahim kini mencuba haluan baharu dalam karier bola sepak beliau apabila menjadi pemilik salah satu kelab yang beraksi dalam saingan Liga M3.

Perkara ini dikongsikan oleh Exco Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Christopher Raj namun beliau tidak mendedahkan nama kelab yang dimiliki oleh Safiq.

Setelah meraih pelbagai kejuaraan ketika beraksi bersama Selangor dan Johor Darul Ta’zim (JDT) sebelum ini, Safiq merupakan salah satu pemain paling berpengalaman dalam kancah bola sepak tanah air.

Berada di bawah bimbingan jurulatih berpengalaman dan pemilik yang mempunyai passion tinggi terhadap bola sepak dilihat sebagai antara faktor mengapa Safiq Rahim berminat untuk memiliki sebuah kelab.

Safiq Rahim
Sumber Gambar: JST

Mengenai perjalanan karier Safiq dalam saingan Liga Malaysia pula, masih belum diketahui destinasi seterusnya bagi pemain berusia 33 tahun itu untuk menghadapi saingan musim 2021.

Terdapat khabar angin di media sosial yang mengatakan Safiq akan kembali ke pangkuan bekas kelabnya, namun tiada maklumat lanjut sehingga saat ini.

Melaka United memutuskan untuk tidak menyambung kontrak Safiq yang telah dua musim beraksi bersama pasukan itu bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim hadapan.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

RASMI: Shahrel Fikri Diumumkan Sebagai Pemain Baharu Selangor FC Musim 2021.

Nik Akif Syahiran Jadi Buruan Pasukan Liga Super

Faisal Halim Bakal Beraksi Di Asia, Sah Sertai Terengganu FC