Bekas ketua pasukan skuad kebangsaan, Safiq Rahim diundi sebagai pemain tengah paling popular Selangor pada era moden ini.

Baru-baru ini, Selangor telah menyenaraikan beberapa pemain bagi anugerah pemain tengah popular dan meminta penyokong pasukan itu untuk melakukan undian.

Safiq berjaya menewaskan seorang lagi pemain tengah ternama negara iaitu Nazmi Faiz Mansor pada pusingan akhir sekaligus memenangi undian tersebut.

Pada pusingan pertama, Safiq berjaya menewaskan seorang lagi bekas ketua pasukan skuad The Red Giants iaitu Shukor Adan.

Safiq kemudiannya menewaskan Hardi Jaffar di pusingan kedua sekaligus mara ke pusingan akhir.

Safiq Rahim
Sumber Gambar: Inikan Bola

Nazmi Faiz Mansor pula berjaya menyingkirkan ketua pasukan Selangor musim lalu iaitu K.Sarkunan pada pusingan pertama.

Pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) itu kemudiannya menewaskan K.Sanbagamaran pada pusingan kedua sekaligus mara ke pusingan akhir dan berdepan Safiq Rahim.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

Syahmi Safari Akui Terima Tawaran Daripada Kelab Sweden

Newcastle United Mahu Dapatkan Luqman Hakim?

Lima Pemain Malaysia Diintai Pasukan Dari Eropah