Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Dua bekas pemain skuad kebangsaan, Safiq Rahim dan Safee Sali tersenarai dalam kesebelasan utama terbaik dalam sejarah saingan Piala AFF Suzuki.

Perkara ini dikongsikan oleh Asean Football di laman media sosial Twitter dimana 11 pemain yang tersenarai dipilih berdasarkan undian daripada peminat.

Di posisi penjaga gol, Kawin Thamsatchanan yang memenangi saingan tersebut sebanyak dua kali iaitu pada 2014 dan 2016 dipilih mengisi posisi tersebut.

Di bahagian pertahanan, dua pemain Singapura, Daniel Bennet dan Baihakki Khaizan (2012), Theerathon Bunmathan (2016) dan ketua pasukan Vietnam, Que Ngoc Hai (2018) menjadi pilihan peminat.

Di bahagian tengah, tiga pemain dari tiga negara berbeza dipilih iaitu Chanathip Songkrasin (2014,2016), Hariss Harun (2012) dan Safiq Rahim (2010) dipilih bagi mengisi posisi di bahagian tengah.

Bahagian serangan menyaksikan tiga penyerang yang sememangnya dianggap sebagai penyerang terbaik di rantau Asean dipilih bagi melengkapkan 11 pemain terbaik iaitu Safee Sali (2010), Teerasil Dangda (2016) dan Bambang Pamungkas (naib juara pada edisi 2000, 2002 dan 2010).

Dalam 11 pemain yang disenaraikan di atas, hanya Bambang sahaja yang tidak pernah memenangi trofi Piala AFF Suzuki sepanjang beraksi bersama skuad kebangsaan Indonesia.

Antara nama besar yang tidak tersenarai dalam kesebelasan utama di atas ialah bekas penyerang Singapura, Noh Alam Shah, bekas ketua pasukan Vietnam, Le Cong Vinh serta pemain sayap Thailand, Charyl Chappuis.

Saingan Piala AFF Suzuki 2020 akan bermula pada 5 Disember ini dimana kumpulan A diisi oleh Thailand, Myanmar, Filipina, Singapura dan Timor Leste manakala kumpulan B diisi oleh dia finalis dari saingan edisi 2018 iaitu Vietnam dan Malaysia selain Indonesia, Kemboja dan Laos.

Pasukan negara diberikan sasaran untuk layak ke perlawanan akhir dimana bagi menepati sasaran tersebut, pengurus pasukan Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi mengesahkan pasukan negara akan memanggil pemain yang beraksi di luar seperti Dion Johan Cools dan seorang lagi pemain yang beraksi bersama Rio Grande Valley FC dalam Liga USL Championship iaitu Wan Kuzain.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan bola sepak Asia di sini:

RASMI: Penyerang Prolifik Korea Selatan, Kim Shin-Wook Sah Sertai Lion City Sailors

Kenali Warrix “Asean Pulse”, Bola Rasmi Piala Suzuki AFF 2020

Ryan Lambert Sedia Beraksi Bersama Harimau Malaya

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group