Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Selepas pembatalan TM Piala Malaysia 2020, Terengganu layak ke saingan peringkat kumpulan AFC Cup 2021 berdasarkan kedudukan akhir Liga Super 2020.

Terkini, timbul pula isu Stadium Sultan Zainal Abidin di Gong Badak yang dikatakan tidak dapat digunakan untuk saingan kejohanan tersebut disebabkan pelbagai masalah berkaitan keselamatan atau ‘safety issue’.

Hari ini sudah tersebar gambar surat dari PBSNT kepada Jabatan Kemasyarakatan dan Kebudayaan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu untuk mempersiapan Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah kerana akan ada pemeriksaan bagi memastikan venue itu layak menjadi venue rasmi kejohanan AFC Cup 2021.

1b58a480-f5b0-44b7-8a29-bf2574f1eabe

Kandungan surat itu juga menyebut bahawa SSINS juga adalah venue rasmi dan ini memberikan isyarat jelas bahawa SSMZA tidak akan digunakan dalam kejohanan peringkat Asia tahun depan.

Dari beberapa maklumat yang diterima, SSMZA mengalami beberapa masalah seperti piping keseluruhan stadium yang perlu ditukar dan isu-isu berkaitan safety.

SSINS bagaimanapun turut perlu ditambahbaik untuk memastikan venue itu diluluskan oleh pihak AFC sebagai venue rasmi.

Pemeriksaan berkaitan lampu limpah serta fasiliti lain akan dijalankan di SSINS esok 24 November 2020 pada jam 7.45 malam seperti yang tertera dalam surat tersebut diatas.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami  sediakan untuk anda.

Jalil Rasheed: 5 Perkara Penting Kelab Bola Sepak Perlu Pertimbangkan Sebelum Disenaraikan Di Bursa Malaysia

Diogo Luis Santo: JDT Dan Malaysia Ada Tempat Istimewa Dihati, Rakam Ucapan Terima Kasih Kepada TMJ

Bekas Penyerang Kelab Vasco da Gama Kini Dikaitkan Dengan Perpindahan Ke Pasukan Pantai Timur

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group