Presiden Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM), Safee Sali menganggap tindakan Presiden Persatuan Bolasepak Melaka (MUSA), Damian Yeo dalam mengendalikan kes tunggakan gaji bekas pemain, Shukor Adan sebagai tidak profesional.

Damian telah menarik perhatian peminat bolasepak tanah air apabila beliau lantang meluahkan rasa tidak puas hati serta memberikan amaran kepada Shukor menerusi laman media sosial Facebook miliknya.

Syukor Adan, if you are playing with fire than I shall give you fire.

Posted by Damian Yeo on Monday, 6 January 2020

Menurut Safee, Shukor telah menggunakan saluran yang betul bagi mendapatkan tunggakan gaji beliau dan tidak seharusnya Damian bersikap sedemikian.

“Ia satu kenyataan yang tidak profesional. Pengurusan seharusnya bersikap terbuka mengenai (masalah) kewangan yang dialami, termasuk pemain sendiri.

“Jika menghadapi masalah kewangan, mereka harus menyatakannya dan tidak membuat sebarang janji untuk membuat pembayaran.

“Janji itu sudah lama dilafazkan oleh pihak tertentu. Saya berasakan Shukor Adan tidak perlu memohon maaf,” katanya menurut laporan Stadium Astro.

Safee Sali

Sumber Gambar: Instagram TMJ

Isu tunggakan gaji antara Shukor Adan dan MUSA turut mendapat perhatian daripada pemilik Johor Darul Ta’zim, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dimana baginda menasihatkan agar Damian segera melunaskan tunggakan gaji Shukor.

Baca artikel lain mengenai isu tunggakan gaji pemain Melaka United di sini:

Damian Yeo: Kami Akan Selesaikan Masalah Dalaman Dengan Cara Sendiri

Damian Yeo Menuntut Permohonan Maaf Dari Shukor Adan

Damian Yeo Beri Amaran Kepada Shukor Adan Berhubung Isu Tunggakan Gaji

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group