Bekas penyerang skuad kebangsaan, Safee Sali menegaskan projek pemain naturalisasi menjadi antara faktor utama kegagalan skuad kebangsaan dalam saingan Piala AFF Suzuki 2020.

Menerusi laman media sosial Instagram miliknya, Safee mengucapkan tahniah kepada Indonesia kerana berjaya melangkah ke separuh akhir dan menggesa agar post mortem dijalankan oleh Malaysia bagi mengenal pasti kelemahan yang ada.

“Tahniah Garuda. Kita harus mengakui kekalahan. Harimau Malaya perlu membuat post mortem untuk mengenal pasti masalah yang ada.

“Bagi saya, sejak projek pemain naturalisasi diperkenalkan, ini menjadi punca terbesar pasukan negara,” kata Safee Sali.

Skuad bimbingan Tan Cheng Hoe wajib menewaskan Indonesia jika mahu melangkah ke peringkat separuh akhir namun bencana berlaku apabila Malaysia tewas dengan keputusan 4-1.

Selepas perlawanan, Cheng Hoe berkata kekalahan kepada Indonesia adalah sukar untuk diterima dan berpendapat skuad Garuda mempunyai kelebihan dari segi persediaan sebelum menyertai saingan Piala AFF berbanding pasukan negara.

“Jika anda melihat kepada Indonesia dan Vietnam, mereka mempunyai persiapan yang bagus, menjalani kem latihan yang sempurna dan inilah yang mereka lakukan.”

“Malangnya, kami tidak mempunyai persiapan yang baik, dan kami memerlukan masa bagi mempersiapkan pasukan, merancang strategi atau perancangan kempen seperti ini,” kata Cheng Hoe.

Indonesia dan Vietnam menjadi pasukan dari kumpulan B yang berjaya mara ke peringkat separuh akhir dan akan menghadapi Thailand serta Singapura dari kumpulan A.

Indonesia akan turun menentang Singapura manakala Thailand akan berdepan tugas sukar apa ada menghadapi Vietnam. Perlawanan pertama peringkat separuh akhir akan berlangsung pada 22 dan 23 Disember ini.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Piala AFF Suzuki 2020 di sini:

Malaysia Bawa Pulang -0.34 Mata FIFA Ranking Dari Kejohanan Piala AFF 2020 Di Singapura

Pemain Malaysia ‘Kaput’ Awal, Gagal Saingi Intensiti Dan Tempo Pasukan Indonesia Punca Utama ‘Barai’

Tan Cheng Hoe Dedahkan Punca Mengapa Dion Cools Diarahkan Bermain Dibahagian Atas