Safee Sali yang sebelum ini dikaitkan dengan perpindahan keluar dari pasukan Perlis selepas pengurusan pasukan Singa Utara itu gagal untuk membuat bayaran gaji seperti yang dijanjikan, kini dilihat sedang menuju ke skuad bimbingan Marko Kraljevic.

Semalam, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KRW Sdn Bhd, Fazli Mohammad telah berjumpa dengan 2 pemain yang kini masih bersama pasukan Perlis FA dan menyatakan minat mereka untuk membawa mereka menyertai skuad The Red Warriors.

Selain Safee Sali, seorang lagi pemain Perlis FA, Shahril Saa’ri juga dikatakan akan mengikut jejak yang sama bagi mengharungi saingan Liga Premier 2019.

Menurut sumber, semua pemain menunggu sehingga Khamis ini sebelum menentukan hala tuju masing-masing berikutan terdapat klausa dalam kontrak pemain yang menjelaskan kontrak akan terbatal serta merta sekiranya tidak menerima gaji dua bulan berturut-turut.

“Apa yang saya tahu, kalau pemain tidak menerima gaji untuk tempoh dua bulan, kontrak dikira terbatal dan secara automatik pemain boleh pergi ke mana sahaja. – Berita Harian.

Selain itu, Pegawai Khas Presiden PFA, Hasmawi Hassan juga mengesahkan kontrak pemain akan terbatal sekiranya mereka tidak menerima gaji dua bulan ketika bertemu penyokong sejurus tamat perlawanan.

“Dalam kontrak pemain layak buat apa saja kalau (selepas) dua bulan. Kita tengok sampai 7 hari bulan (Khamis ini),” katanya.

51157316_742412052807805_1811131895623188480_n

Jika menjadi kenyataan, kemasukan Safee Sali, skuad Kelantan dijangka akan menggunakan gandingan Raul Tarragona-Safee Sali sebagai taruhan utama yang akan memudahkan pemain-pemain lain terutama Nik Akif, Flavio Junior, Mustafa Zazai serta Fauzi Roslan untuk mengekploitasi pihak lawan dalam perlawanan akan datang.

Ahad lalu, Safee Sali turun dalam penampilan pertama bersama pasukan Perlis dalam saingan Liga Premier 2019 bertemu UKM FC di Stadium Cheras, namun Perlis tewas 1-2.