Rentetan isu kebajikan pemain yang menjadi topik hangat bola sepak tempatan, pelbagai pihak sudah mula menyatakan pendirian masing-masing berkenaan perkara ini yang sememangnya menjadi ‘masalah’ dalam kalangan pemain.

PFAM melalui presidennya, Safee Sali mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai pendirian mereka untuk membela nasib para pemain profesional dalam Liga Malaysia khususnya.

“Di Malaysia, dalam era bola sepak profesional, kebajikan pemain masih menjadi masalah yang besar.”

“Isu-isu seperti tunggakan gaji, penamatan yang tidak adil, pemain dibuli, kontrak dimanipulasi, pemain tidak dilindungi insurans, pemain cedera yang tidak mendapat perhatian sewajarnya, gaji dipotong kerana kecederaan dan pemain ditawarkan kontrak yang nilainya jauh lebih rendah jika pemain itu cedera, adalah isu-isu yang sentiasa menghantui kami, para pemain bola sepak profesional di Malaysia.”

“Sekalipun kita sudah bergerak ke era penswastaan, hakikatnya masih ada budaya di mana kelab mengambil kesempatan ke atas para pemain.”

“Hal sebeginilah yang membantutkan usaha mereka yang ikhlas untuk membangunkan bola sepak Malaysia. Isu-isu yang saya nyatakan ini sepatutnya tidak berlaku di era profesional. Ia jugak tidak berlaku di negara negara maju.”

“Kami menerima pelbagai aduan daripada pemain mengenai permasalahan yang berkaitan dengan kebajikan dan hak mereka. Soalan saya, sampai bila kelab-kelab seperti ini akan terus mengambil kesempatan?”

“Selaku Presiden PFA Malaysia, saya benar-benar menggesa agar setiap kelab benar-benar menghargai para pemain. Nilailah kami sebagai aset pasukan, bukan sebagai barang dagangan yang sesuka hati dibuang pakai.”

“Selaku seorang pemain, percayalah, sekiranya kelab benar-benar menghargai kami, kami akan lebih bersungguh-sungguh untuk bermain demi kelab kerana ingin membalas kepercayaan yang diberikan kepada kami.”

“Tanpa berniat untuk menyebelahi sesiapa, kita sendiri boleh menilai pasukan seperti JDT dan Terengganu di mana para pemain sentiasa berusaha keras dan memberikan segala-galanya di atas padang kerana budaya profesionalisme yang sangat tinggi telah diterapkan oleh pengurusan pasukan.”

“Selaku bekas pemain di bawah kepimpinan Tunku Mahkota Johor (TMJ), saya sendiri boleh mengakui bahawa TMJ sangat menitikberatkan aspek kebajikan para pemain dan turut membantu para pemain yang sudah bersara.”

Ironinya juga, sekalipun TMJ adalah pemilik Kelab, TMJ juga agak lantang untuk menyuarakan hal kebajikan para pemain dan ini sepatutnya menjadi contoh buat pemilik-pemilik Kelab lain untuk berbuat hal yang sama.

“Kami di PFA Malaysia sentiasa mengalu-alukan kerjasama daripada pasukan khususnya pemilik-pemilik Kelab untuk mengadakan perbincangan bagi berkongsi hal ehwal pengurusan kebajikan para pemain.”

“Saya juga menyeru agar para pemain yang berhadapan dengan permasalahan berkaitan kontrak bersama pasukan, untuk tampil membuat aduan secara rasmi kepada PFA Malaysia, agar kami boleh membantu anda untuk memperjuangkan hak anda.”

Baca juga artikel-artikel lain yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah.

Tonton Video Padang Stadium Santiago Bernabeu ‘Disimpan’ Seperti Parking Bertingkat Bawah Tanah.

“Ada Pemain Ditawarkan Gaji RM33,000 Tetapi RM18,000 Dipotong Masuk Poket Pihak Pengurusan.”

JDT:”Marshall Berdiri Membentuk ‘Human Barricade’, Marshall Diberi Amaran Kerana Menonton Perlawanan.”

Sumber