Bekas penyerang skuad kebangsaan, Safee Sali memberi nasihat kepada pemain muda negara agar tidak terpedaya dengan janji manis daripada pihak tertentu ketika cuba membina karier.

Safee berkata demikian setelah perpindahan penyerang skuad B-19 tahun negara, Luqman Hakim sedang hangat diperbincangkan ketika ini.

Menurut Safee, pemain tidak seharusnya mudah percaya dengan janji yang diberikan oleh sesetengah pihak.

“Pemain seharusnya tidak mudah percaya kata-kata manis mana-mana pihak yang menjanjikan bulan dan bintang.

“Kini kelihatan ada yang mengambil kesempatan ke atas pemain dengan menjanjikan pelbagai perkara termasuk perpindahan ke England dan Jerman.

“Selepas itu keluar pula berita yang mengatakan perkara berkenaan adalah tidak benar. Cukup-cukuplah menggunakan pemain untuk populariti sendiri,” kata Safee Sali menurut laporan Berita Harian.

Safee Sali
Sumber Gambar: Football Tribe

Baru-baru ini, terdapat laporan yang mengatakan salah satu kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Newcastle United berminat untuk mendapatkan khidmat Luqman.

Namun, berita tersebut dinafikan oleh Newcastle dimana kelab itu mahu memfokuskan ke arah pemulihan setelah terjejas ekoran penularan wabak Coronavirus (COVID-19).

Baca artikel lain mengenai pemain muda Malaysia di sini:

Newcastle United Mahu Dapatkan Luqman Hakim?

Luqman Hakim Sah Diuruskan Oleh Ejen Berpangkalan Di London, EL-EF Sport Bakal Terokai Peluang Untuk Penyerang Muda Malaysia

Kelab Liga Perdana Inggeris Berminat Dapatkan Khidmat Luqman Hakim