Bekas penyerang prolifik pasukan kebangsaan, Safee Sali kekal beraksi bersama Petaling Jaya City FC dalam saingan Liga Malaysia musim hadapan.

Menurut laporan Harian Metro, Safee mengesahkan sendiri perkara ini sambil memberi bayangan PJ City akan dibarisi oleh pemain yang mempunyai pengalaman luas dalam saingan Liga Malaysia.

Safee Sali
Sumber Gambar: MFL

“Siapa orangnya biarlah rahsia, tapi apa yang dapat saya katakan musim depan kita (PJ City) akan ada nama-nama besar arena bola sepak negara.

“Mereka akan membantu memantapkan lagi pasukan bagi menghadapi saingan pasukan-pasukan besar seperti Kedah, Johor Darul Ta’zim dan Pahang,” kata Safee Sali.

Safee menyertai PJ City pada Februari lalu selepas mengalami episode duka bersama pasukan dari utara tanah air, Perlis Northern Lions.

Safee Sali
Sumber Gambar: PNL

Perlis berdepan krisis kewangan dan pasukan yang turut menandatangani Badhri Radzi serta Faris Ramli itu tidak mampu untuk membayar gaji Safee serta pemain lain.

Musim hadapan, Petaling Jaya City turut mendapat khidmat bekas ketua jurulatih pasukan B-15 tahun negara, P.Maniam yang dilantik sebagai penolong jurulatih kepada K.Devan.

Baca artikel lain mengenai pasukan Petaling Jaya City FC di sini:

PJ City Mahu Kurangkan Pengambilan Pemain Import Dan Mengutamakan Bakat Tempatan Musim Depan

PJ City FC Mahu Tingkatkan Kehadiran Penyokong

PJ City FC Jalin Kerjasama Bersama Manchester City