Bekas penyerang skuad kebangsaan, Safee Sali kekal bersama juara Piala Malaysia 2021, Kuala Lumpur City bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim 2022.

Perkara ini dikongsikan oleh wartawan The Stars, T.Avineshwaran dimana Safee yang sebelum ini mengadakan rundingan bersama beberapa pasukan seperti Perak dan UiTM FC gagal untuk mencapai kata sepakat dengan dua pasukan tersebut sekaligus kekal bersama skuad ibu kota.

Selepas memenangi Piala Malaysia musim lalu dengan menewaskan Johor Darul Ta’zim (JDT) di pentas akhir, ada ura-ura mengatakan Safee mahu meninggalkan KL City dimana beliau mahu berhijrah kerana mahu mendapatkan minit permainan yang secukupnya.

Musim lalu, Safee banyak memanaskan bangku simpanan dimana ketua jurulatih, Bojan Hodak lebih gemar untuk menurunkan penyerang import di bahagian serangan seperti Dominique Da Sylva, Kyrian Nwabueze dan Romel Morales.

Musim ini, Safee Sali sekali lagi bakal bersaing dengan penyerang import dimana Kuala Lumpur City menandatangani penyerang import baharu iaitu Kévin Koubemba dimana pemain ini beraksi bersama skuad kebangsaan Congo dari 2014.

Selain perlu bersaing denganb Koubemba, pemain berusia 38 tahun ini juga harus bersaing dengan Romel Morales yang memainkan peranan penting dalam perjalanan KL City muncul sebagai juara Piala Malaysia. Romel turut muncul sebagai penjaring terbanyak dengan 10 jaringan.

Bagi musim 2022, Safee akan menjadi salah satu pemain senior dalam saingan Liga Malaysia disamping Amri Yahyah (41 tahun) yang beraksi bersama Sabah dan Indra Putra Mahayuddin (40 tahun) yang beraksi bersama Perak.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia musim 2022 di sini:

Lim Teong Kim Salahkan FAM Dan MFL Di Atas Kegagalan Skuad B-23 Tahun Negara

Curran Ferns Kembali “Tembak” Lee Tuck Berhubung Isu Naturalisasi

Nama Pembantu Jurulatih Tempatan Harimau Malaya Bakal Diumumkan Minggu Ini