Pendatang baharu Liga Super musim 2021, pasukan Kuala Lumpur giat membuat persiapan bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim hadapan.

Menurut perkongsian wartawan The Star, T.Avineshwaran, skuad ibu kota semakin hampir untuk membawa masuk dua pemain berpengalaman iaitu bekas pemain skuad kebangsaan, Safee Sali dan bekas pemain sayap Kedah, Hadin Azman.

Hadin dan Safee masing-masing berstatus ejen bebas setelah tidak mendapat kontrak lanjutan bersama Kedah dan Petaling Jaya City FC dimana kedua-dua pasukan ini mahu membawa masuk pemain baharu bagi menghadapi saingan musim 2020.

Sebelum ini, Safee Sali dikhabarkan mengadakan rundingan dengan dua pasukan iaitu Kuala Lumpur dan juga Sabah namun pemain berusia 36 tahun itu dilihat lebih memilih untuk berada di Lembah Klang sekaligus beraksi bersama skuad The City Boys.

Bagi Hadin pula, Pulau Pinang dan Perak dikhabarkan berminat untuk mendapatkan bekas ketua pasukan Felda United ini namun Kuala Lumpur berjaya mendapatkan khidmat pemain itu.

Musim hadapan, Kuala Lumpur bakal dibimbing oleh ketua jurulatih baharu iaitu Simón Elissetche yang berasal dari Chile berusia 43 tahun.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

Romel Morales Tiada Dalam Perancangan Melaka United Musim Hadapan

30 Pemain Bakal Dipanggil Sertai Kem Latihan Pusat Harimau Malaya Pada Bulan Januari 2021

Syahrian Abimanyu Bakal Dipinjamkan Ke Kelab Luar Negara