Pemain sayap negara, Safawi Rasid membuat penampilan pertama bersama skuad B-23 tahun Portimonense SC dalam perlawanan menentang Sporting CP.

Perkara ini diumumkan oleh kelab itu di laman media sosial rasmi pasukan dimana Safawi diletakkan dalam kesebelasan utama dan beliau beraksi sehingga minit ke-56.

Walaubagaimanapun, Portimonense gagal meraih kemenangan dimana mereka tewas dengan keputusan 3-1. Portimonense terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi Paulo Estrela pada minit ke-17.

Sporting kemudiannya menyamakan kedudukan menerusi jaringan Rafael Fernandes pada minit ke-27. Separuh masa pertama tamat dengan kedudukan seimbang.

Memasuki separuh masa kedua, Sporting menjaringkan dua gol dalam tempoh masa tiga minit menerusi percubaan Duarte Carvalho dan Scoglund.

Kedudukan 3-1 tamat sehingga wisel penamat dibunyikan sekaligus memberi kemenangan kepada bekas kelab Cristiano Ronaldo itu.

Satu permulaan yang baik bagi bekas pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) itu dimana beliau mula terlibat dengan perlawanan skuad pembangunan Portimonense.

Perkara ini sedikit-sebanyak boleh membantu Safawi untuk lebih memahami corak permainan yang diterapkan sekaligus mempersiapkan diri bagi beraksi bersama skuad senior.

Baca artikel lain mengenai Safawi Rasid di sini:

Pertembungan Faiq Bolkiah Dan Safawi Rasid Akan Berlaku Ketika Maritimo Berdepan Portimonense SC?

Safawi Rasid Mulakan Sesi Latihan Bersama Portimonense

Rodiney Sampaio: “Portimonense SC Mahu Bentuk Safawi Rasid Untuk Berjaya Seperti Shoya Nakajima.”