Ketua jurulatih pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora menegaskan ketiadaan pemain sayap, Safawi Rasid pada perlawanan menentang PDRM semalam adalah kerana pemain tersebut mengalami kecederaan.

Mora berkata demikian pada sidang media selepas perlawanan dimana beliau belum pasti bila Safawi akan kembali diturunkan dalam kesebelasan utama dan beliau perlu melihat sejauh mana kecederaan yang dialami oleh Safawi.

Safawi Rasid
Sumber Gambar: JST

“Mengenai Safawi, kami masih belum tahu. Mungkin dalam jangka masa dua minggu atau seminggu setengah beliau boleh diturunkan. Kami masih memeriksa kecederaan yang dialami beliau.

“Tetapi Safawi adalah seorang yang sentiasa sedia untuk beraksi. Dia berazam untuk segera pulih daripada kecederaan dan kami akan menjaga dia. Apabila kembali nanti, Safawi sudah lebih bersedia,” kata Mora.

Safawi Rasid
Sumber Gambar: JST

Kali terakhir Safawi membarisi kesebelasan utama JDT ialah pada perlawanan AFC Champions League (ACL) 2020 menentang Suwon Samsung Bluewings. Selepas perlawanan, beliau menerima teguran daripada pemilik kelab, Tunku Ismail Sultan Ibrahim kerana prestasi hambar yang ditampilkan beliau.

Pada perlawanan Liga Super menentang UiTM FC dan PDRM, beliau tidak diturunkan malah tidak disenaraikan dalam matchday squad.

Baca artikel lain mengenai pasukan Johor Darul Ta’zim dan Safawi Rasid di sini:

JDT Jana Pendapatan Lebih RM800,000 Dalam Masa 4 Hari, Tarik Hampir 60,000 Penyokong Ke Stadium

AFC Club Rankings: JDT Melonjak 16 Tangga, Pintas Muangthong United Untuk Muncul Top 3 ASEAN

Dipaksa Untuk Berkahwin Punca Prestasi Safawi Rasid Merudum?