Pemain sayap negara, Safawi Rasid menegaskan beliau akan terus beraksi bersama skuad B-23 tahun Portimonense pada perlawanan menentang Maritimo pada Ahad ini.

Sebelum ini, Safawi telah menjalani debut bersama skuad B-23 tahun ketika perlawanan menentang Sporting CP yang mana beliau diturunkan dalam kesebelasan utama.

Numaun, Portimonense gagal untuk memenangi perlawanan apabila tewas dengan keputusan 3-1. Safawi pula beraksi sehingga minit ke-56 sebelum digantikan.

“Alhamdulillah semuanya berjalan lancar di sini dan cabaran merebut tempat dalam skuad utama sangat sengit. Bagi saya elok juga ketua jurulatih letak saya bermain bersama skuad B-23 untuk menyesuaikan diri,” kata Safawi Rasid menurut laporan Harian Metro.

Jika Safawi menampilkan prestasi cemerlang ketika aksi menentang CD Maritimo, tidak mustahil beliau akan dipilih untuk beraksi bersama skuad utama pada perlawanan menentang Santa Clara pada 1 November ini.

Seorang lagi pemain negara yang berpangkalan di Eropah, Luqman Hakim pula lebih bernasib baik apabila disenaraikan dalam skuad yang akan dibawa bagi perlawanan menentang RSC Anderlecht hari ini.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Safawi Rasid di sini:

Pertembungan Faiq Bolkiah Dan Safawi Rasid Akan Berlaku Ketika Maritimo Berdepan Portimonense SC?

Safawi Rasid Mulakan Sesi Latihan Bersama Portimonense

Rodiney Sampaio: “Portimonense SC Mahu Bentuk Safawi Rasid Untuk Berjaya Seperti Shoya Nakajima.”