Nama Safawi Rasid dilaporkan berada dalam senarai skuad Portimonense SC yang akan berdepan dengan juara 2 kali UEFA Champions League, FC Porto tengah malam nanti.

Perkara itu telah didedahkan oleh beberapa media dimana Safawi mendedahkan beliau bersama skuad utama melakukan perjalanan menuju Estádio do Dragão untuk menghadapi perlawanan 7 liga.

FC Porto yang dibimbing oleh Sérgio Conceição, kini berada dikedudukan ke 4 Premeira Liga manakala Portimnense SC pula ditempat ke-17.

Tengah malam nanti kita bakal berpeluang untuk menyaksikan samada Safawi Rasid akan diturunkan dalam perlawanan itu atau tidak, tetapi ia sebenarnya isyarat awal bahawa Safawi semakin memperlihatkan potensi beliau bersama skuad itu dalam kancah bola sepak eropah.

3 perlawanan sebelum ini, Safawi tidak disenaraikan dalam skuad utama Portimonense SC sebaliknya beliau telah diturunkan dalam skuad U23 untuk mencari keserasian serta salah satu proses adaptasi dengan bola sepak eropah khususnya.

Sama-sama kita mendoakan kejayaan Safawi Rasid serta pemain-pemain Malaysia diluar negara untuk terus maju dan berjaya mengharumkan bola sepak Malaysia dimasa depan!

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami  sediakan untuk anda.

‘Line Hilang’ Punca Perlawanan Terengganu Dan PJ City FC Ditunda Hampir 30 Minit?

8 Jenama Sukan Antarabangsa Berebut Hak Penajaan Kelengkapan Skuad Kebangsaan Thailand

“Kita Sedar Kelantan Semakin Meningkat Selepas Ada Pemilik Baru, Tetapi Apa Saja Boleh Berlaku.”