Pemain sayap negara, Safawi Rasid menggesa agar semua pihak untuk kekal tenang dan terus menjaga nama baik Malaysia di peringkat antarabangsa.

Menerusi laman media sosial rasmi Twitter miliknya, Safawi memuat naik tweet yang meminta agar semua pihak untuk bertenang sambil beliau meminta untuk menjaga nama baik negara.

Safawi bagaimanapun tidak menjelaskan secara terperinci mengenai faktor utama beliau memuat naik tweet sedemikian.

Namun, ramai pihak percaya ianya ditujukan kepada segelintir peminat bola sepak tanah air yang sentiasa memberi komen yang tidak ‘sedap didengar’ di laman media sosial rasmi milik Portimonense dimana mereka mempersoalkan mengapa sehingga saat ini, Safawi belum membuat penampilan bersama skuad senior.

Safawi Rasid
Safawi Rasid dalam sesi latihan Portimonense.

Setakat ini, Safawi hanya beraksi bersama skuad B-23 tahun Portimonense dan masih menunggu peluang untuk beraksi bersama pasukan utama.

Pemain berusia 22 tahun itu tersenarai dalam matchday squad bagi perlawanan menentang FC Porto dan UD Leiria, namun beliau hanya memanaskan bangku simpanan.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Safawi Rasid di sini:

Safawi Rasid Disenaraikan Dalam “Matchday Squad” Hadapi Perlawanan Piala Portugal

Safawi Rasid Dalam Senarai Pemain Simpanan, Netizen Malaysia Teruja Menyaksikan Debut Berdepan FC Porto

Safawi Rasid Gembira Luqman Hakim Jalani “Debut” Bersama Skuad Utama KV Kortrijk