Pemain sayap negara, Safawi Rasid menyumbang satu assist sekaligus membantu Ratchaburi mencatat kemenangan ke atas kelab divisyen tiga, Samut Songkhram FC dalam saingan Piala Liga Thailand.

Pada aksi peringkat suku akhir yang berlangsung di Stadium Mitr Phol hari ini, Safawi sekali lagi mendapatkan kepercayaan ketua jurulatih, Xavi Moro dan beliau diturunkan dalam kesebelasan utama.

Samut Songkhram terlebih dulu membuka tirai jaringan menerusi jaringan sendiri pemain lawan, Park Jung-heong namun kedudukan tersebut tidak bertahan lama apabila Anon Amornlerdsak menjaringkan gol penyamaan.

Pada separuh masa kedua, Kritsananon Srisuwan menjaringkan gol pendahuluan dimana pemain tengah itu menyempurnakan hantaran Safawi Rasid.

Kedudukan 2-1 kekal sehingga wisel penamat ditiupkan sekaligus membolehkan Ratchaburi melangkah ke peringkat separuh akhir.

Sudah memasuki bulan kedua bersama Ratchaburi, Safawi sudah menjadi pemain kegemaran peminat dimana beliau setakat ini menampilkan prestasi baik.