Pemegang taruh Liga Malaysia terus memberi bantuan bagi memerangi penularan wabak Coronavirus (COVID-19) dimana baru-baru ini pemain sayap Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid menyumbang sebanyak 1000 botol pencuci tangan kepada KPJ Johor.

Perkara ini diumumkan oleh laman media sosial rasmi pasukan, Johor Southern Tigers pada semalam dan tindakan pemain berusia 23 tahun itu menuai pujian ramai pihak.

SAFAWI RASID SUMBANGKAN 1000 BOTOL ‘HAND SANITISER’ KEPADA KPJ JOHORPemain Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT),…

Posted by JOHOR Southern Tigers on Sunday, 29 March 2020

Sebelum ini, pemain, jurulatih dan kakitangan JDT bersetuju untuk pemotongan gaji sebanyak 33% dan mendermakannya kepada Tabung Bencana Negeri Johor dalam usaha meringankan beban kelab dan juga masyarakat.

Langkah yang diambil oleh JDT ini mendapat pujian daripada Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dan badan induk bola sepak Asia itu berkata langkah berkenaan seharusnya dicontohi semua pihak dalam menangani krisis global seumpama ini.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

AFC Sambut Baik Inisiatif JDT Bantu Memerangi Wabak COVID-19

Penangguhan Liga Malaysia Beri Kelebihan Untuk Daniel Amier

Lapan Pemain Import Termahal Dalam Saingan Liga Super 2020

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group