Pemain sayap negara, Safawi Rasid sudah memulakan sesi latihan bersama kelab barunya, Portimonense SC pada semalam.

Menerusi laman media sosial Instagram miliknya, Safawi memuat naik gambar beliau mula berlatih bersama rakan sepasukan yang lain secara rasmi setelah diperkenalkan sebagai pemain baharu kelab pada Khamis lalu.

Kelibat Safawi bersama Portimonense dilihat mampu untuk meningkatkan kualiti serta kemampuan bekas pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) itu.

Meskipun bakal berdepan saingan hebat bagi merebut posisi sayap dalam kesebelasan utama, namun beliau dilihat mampu untuk memberi saingan kepada pemain lain kerana telah memiliki sejumlah pengalaman beraksi di pentas besar.

Jika semua berjalan lancar, Safawi berpeluang untuk berada dalam matchday squad pada perlawanan minggu keempat Primeira Liga Portugal berdepan C.S. MarĂ­timo 17 Oktober ini.

Baca artikel lain mengenai Safawi Rasid di sini:

Rodiney Sampaio: “Portimonense SC Mahu Bentuk Safawi Rasid Untuk Berjaya Seperti Shoya Nakajima.”

Safawi Rasid Diperkenalkan Secara Rasmi Sebagai Pemain Portimonense S.C.

Pesaing Safawi Rasid Bagi Posisi Pemain Sayap Di Portimonense