Pemain sayap negara, Safawi Rasid meminta agar penyokong bola sepak tanah air untuk lebih bersabar dalam menunggu pemain itu untuk membuat penampilan pertama bersama skuad senior Portimonense SC.

Menurut laporan Berita Harian, Safawi turut menggesa agar penyokong menjaga adab dan nama baik Malaysia, merujuk kepada komen yang diberikan peminat di laman media sosial Portimonense.

Safawi Rasid
Sumber Gambar: Twitter Safawi Rasid

“Saya harap penyokong perlu bersabar. Saya tahu mereka tidak sabar untuk melihat saya tampil buat kali pertama tetapi kita kena jaga adab dan nama Malaysia. Apapun, terima kasih sentiasa memberi sokongan kepada saya.

“Insya-Allah sampai rezeki saya, saya akan membuatkan penyokong gembira,” kata Safawi.

Setakat ini, bekas pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) itu hanya beraksi bersama skuad B-23 tahun kelab dan masih menunggu peluang untuk tampil bersama skuad utama.

Baru-baru ini, Portimonense tewas kepada Santa Clara, yang menyaksikan kekalahan tersebut merupakan kali keenam dalam saingan Primeira Liga Portugal musim ini dan Portimonense kini semakin hampir ke zon penyingkiran.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Safawi Rasid di sini:

Safawi Rasid Terus Beraksi Bersama Skuad B-23 Tahun Portimonense

Rodiney Sampaio: “Portimonense SC Mahu Bentuk Safawi Rasid Untuk Berjaya Seperti Shoya Nakajima.”

Safawi Rasid Diperkenalkan Secara Rasmi Sebagai Pemain Portimonense S.C.