Pemain sayap Johor Darul Ta’zim, Safawi Rasid memasang hajat untuk beraksi di rantau Eropah sekiranya beliau mempunyai peluang untuk beraksi di liga luar negara.

Menurut Safawi, sebagai pemain profesional impian untuk beraksi di luar negara sudah pasti ada dan beliau bersedia untuk beraksi di persekitaran yang baharu sekiranya ada kelab yang berminat untuk mengambil khidmat beliau.

Safawi
Safawi membantu JDT memenangi Piala Malaysia 2019. Sumber Gambar: MFL

“Memanglah dalam hidup ini, mungkin ini (tawaran) hanya datang sekali seumur hidup. Cita-cita saya memang mahu beraksi di luar negara dan kalau boleh, saya mahu beraksi di Eropah.

“Mana-mana kelab pun saya OK, asalkan ia sesuai dan mampu buka peluang lebih baik kepada saya dapat lebih banyak pengalaman. Apa pun, sebarang tawaran perlulah melalui JDT sebagai majikan saya,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Safawi
Sumber Gambar: MFL

Prestasi yang ditampilkan oleh Safawi baik ketika beraksi bersama JDT mahupun pasukan negara menjadi salah satu faktor mengapa pemain berusia 22 tahun ini wajar beraksi di liga luar negara. Kemampuan serta kualiti yang dimiliki oleh bekas pemain T-Team ini dianggap terlalu bagus untuk Liga Malaysia dan sudah tiba masa Safawi beraksi di persekitaran yang baharu serta berdepan cabaran yang lebih sengit.

Musim 2019 merupakan musim terbaik Safawi dimana beliau membantu JDT memenangi tiga kejuaraan iaitu Piala Sumbangsih, Liga Super dan yang terbaru Piala Malaysia. Dalam saingan Piala Malaysia, Safawi muncul sebagai penjaring terbanyak dengan perolehan 11 gol.

Baca artikel lain mengenai pemain sayap skuad kebangsaan itu di sini:

Tan Cheng Hoe Mahu Safawi Rasid Dan Syafiq Ahmad Kekalkan Prestasi Cemerlang

Safawi Rasid Pernah Berniat Main Di Liga Indonesia

Safawi Rasid Mahu Hadiahkan Trofi Piala Malaysia Untuk JDT