Pemain sayap negara, Safawi Rasid berpeluang untuk membuat penampilan pertama bersama skuad senior Portimonense SC dalam perlawanan Taça de Portugal atau Piala Portugal pada pagi Sabtu ini.

Menurut perkongsian wartawan Astro Arena, Syakirah Zulkifly, Safawi disenaraikan dalam skuad perlawanan untuk menentang UD Leiria, dimana aksi tersebut akan berlangsung di laman kelab divisyen tiga itu.

Sebelum ini, Safawi Rasid turut tersenarai dalam skuad perlawanan ketika berdepan FC Porto dalam saingan Primeira Liga pada 9 November lalu.

Namun, pemain berusia 23 tahun itu tidak dimasukkan sebagai pemain simpanan dalam perlawanan tersebut sekaligus terpaksa menunggu lebih lama untuk membuat penampilan pertama bersama skuad senior Portimonense.

Menentang kelab dari divisyen tiga dalam saingan Piala Portugal musim ini, Safawi berpeluang untuk diturunkan dalam kesebelasan utama.

Jika Safawi tidak berada dalam kesebelasan utama, mungkin beliau akan diturunkan sebagai pemain gantian pada perlawanan tersebut.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Safawi Rasid di sini:

Safawi Rasid Dalam Senarai Pemain Simpanan, Netizen Malaysia Teruja Menyaksikan Debut Berdepan FC Porto

Safawi Rasid Tersenarai Dalam Skuad Utama Portimonense SC Berdepan FC Porto Tengah Malam Nanti

Safawi Rasid Gembira Luqman Hakim Jalani “Debut” Bersama Skuad Utama KV Kortrijk

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group