Penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid menepati ramalan selepas merangkul Pemain Paling Bernilai (MVP) Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK) 19 yang berlangsung di Hotel Tenera, Bangi malam ini.

Kejayaan peribadi Safawi turut menyaksikan pemain berusia 22 tahun itu berjaya mempertahankan gelaran tersebut dengan rekod pemain paling termuda memenangi anugerah MVP yang dimenanginya pada tahun lalu.

Pemain kelahiran Terengganu yang turut dinobatkan Penyerang Terbaik dan Pemain Paling Popular, kini menikmati kemuncak karier selepas membantu skuad kendalian Benjamin Mora memenangi Piala Sumbangsih, Piala Malaysia dan mempertahankan kejuaraan Liga Super buat kali keenam berturut-turut.

Skuad Harimau Selatan dominasi sebahagian besar anugerah-anugerah ABK 19 yang dipertandingkan di mana Akhyar Abdul Rasid diangkat sebagai Pemain Muda Harapan dan anugerah Pemain Import Terbaik menjadi milik Diogo.

Farizal Marlias dinobatkan selaku Penjaga Gol Terbaik manakala ketua pasukan JDT, Harris Harrun dipilih menjadi Pemain ASEAN Terbaik.

Pemain naturalisasi pertama negara yang kini mewakili Pahang, Mohamadou Sumareh pula dipilih sebagai pemenang Pemain Tengah Terbaik disusuli kejayaan pengendali skuad Tok Gajah, Dollah Salleh merangkul anugerah Jurulatih Terbaik.

Sementara itu, pemain Perak, Shahrul Saad dinobatkan selaku Pertahanan Terbaik sekali gus mempertahankan anugerah yang dimenanginya pada tahun lalu.

Pemilihan calon kali ini dibuat menerusi Jawatankuasa Saringan ABK19 sebelum pemenang ditentukan oleh 23 jurulatih, 23 kapten dan 23 wakil media tempatan.

Manakala bagi pemenang kategori utama MVP ditentukan menerusi undian lima anggota jawatankuasa yang dilantik.

INFO SENARAI PEMENANG ANUGERAH BOLASEPAK KEBANGSAAN 2019

Pemain Paling Bernilai: Safawi Rasid (JDT)
Penyerang Terbaik: Safawi Rasid (JDT)
Pemain Tengah Terbaik: Mohamadou Sumareh (Pahang)
Pertahanan Terbaik: Shahrul Saad (Perak)
Penjaga Gol Terbaik: Farizal Marlias (JDT)
Jurulatih Terbaik: Dollah Salleh (Pahang)
Pemain Muda Harapan: Akhyar Abdul Rashid (JDT)
Pemain ASEAN Terbaik: Hariss Harun (JDT)
Pemain Import Terbaik: Diogo (JDT)
Kasut Emas: Fernando Rodriguez (Kedah)
Pemain Paling Popular: Safawi Rasid (JDT)
Pasukan Terbaik: JDT
Penyokong Terbaik: JDT
Pemain Terbaik AFL Liga M3: Fakhrul Zaman Wan Abdullah Zawawi (Kelantan United FC)
Pasukan Terbaik AFL Liga M3: Armed Forces FC
Anugerah Mesra Media: B. Satiananthan (Selangor)
Anugerah Fair Play: Terengganu FC II
Media Sosial Terbaik: JDT
Laman Web Terbaik: johorsoutherntigers.com.my
Penjaring Terbanyak Tempatan (Liga Super): Safawi Rasid (8) JDT
Penjaring Terbanyak (Liga Super): Kpah Sherman (14) PKNS FC
Penjaring Terbanyak Tempatan (Liga Premier): Bobby Gonzales (9) Sarawak
Penjaring Terbanyak (Liga Premier): Zarko Korac (13) UiTM FC
Anugerah Pengadil Berpotensi: Tuan Mohd Yassin Tuan Mohd Hanafiah
Anugerah Komuniti: The Ohana Project
Anugerah Persahabatan: Dato’ Lee Chong Wei
Anugerah Persahabatan: Dato’ Nicol David

KESEBELASAN UTAMA TERBAIK LIGA MALAYSIA PILIHAN PENYOKONG

Formasi: 4 – 3 – 3

EJasSSmU4AA5WEL

Jurulatih: Aidil Sharin Sahak (Kedah)
Penjaga Gol: Ifwat Akmal Chek Kassim (Kedah)
Pertahanan:
Rizal Ghazali (Kedah)
Shakir Hamzah (Kedah)
Renan Alves (Kedah)
La’ Vere Corbin Ong (JDT)
Pemain Tengah:
Lee Tuck (Terengganu FC)
Baddrol Bakhtiar (Kedah)
Brendan Gan (Perak)
Penyerang
Safawi Rasid (JDT)
Diogo (JDT)
Akhyar Abdul Rashid (JDT)