Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Portal bola sepak Portugal, O Jogo dalam satu artikel yang diterbitkan 2 hari yang lalu ada menemubual ketua jurulatih pasukan Portimonense SC berkaitan perancangan terkini pasukan serta pengambilan pemain-pemain baru kelab itu.

Menurut artikel itu, Paulo Sergio selaku pengendali telah mengambil kira-kira 8 orang pemain baru yang dijamin meningkatkan kualiti pasukan secara keseluruhannya.

Beliau juga menegaskan 2 reinforcement yang datang dari Asia iaitu Safawi Rasid dan Jafar Salmani dari Iran adalah untuk pelan jangka masa sederhana dan panjang untuk kelab itu kerana kedua-dua pemain perlu menyesuaikan diri dengan ‘dunia baru’ dalam karier bola sepak mereka.

“Kita perlu memberikan masa dan tidak mencipta satu expectation yang melampau seterusnya menjurus kepada kekecewaan.”, jelas Paulo Sergio kepada portal O’Jogo.

Ini adalah ‘amaran’ awal kepada kita semua bahawa kehadiran Safawi Rasid terutamanya bersama kelab itu memerlukan ‘tempoh bertenang’ bagi membantu beliau adaptasi bukan sahaja dengan rakan sepasukan tetapi corak permainan bola sepak eropah itu sendiri.

Sama-sama kita memberikan sokongan kepada pemain-pemain Malaysia yang berkelana diluar negara untuk mereka berjaya demi membawa nama Harimau Malaya ke pentas dunia.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami  sediakan untuk anda.

Benjamin Mora:”Jika Anda Tidak Laparkan Kemenangan, Anda Sebenarnya Mempunyai Masalah.”

RTM Sah Miliki Hak Penyiaran Liga Belgium, Aksi Luqman Hakim Bakal Disaksikan Seluruh Rakyat Malaysia

FIFA Arahkan Anderlecht Bayar RM2.56 Juta Kepada Buriram United, Komisen Penjualan Frank Acheampong Masih Tertunggak

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group