Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ) menyatakan pemain sayap negara, Safawi Rasid akan kembali ke pangkuan kelab itu bagi saingan Liga Malaysia musim hadapan.

TMJ memberitahu perkara tersebut dalam satu temu bual bersama Astro Arena malam ini dimana Safawi akan menamatkan tempoh pinjaman beliau bersama kelab Portugal, Portimonense SC.

Safawi menyertai Portimonense secara pinjaman pada Oktober lalu namun beliau bergelut untuk mendapatkan minit bermain bersama skuad utama.

Setakat ini, Safawi hanya beraksi bersama skuad B-23 tahun dalam saingan Primeira Liga Portugal B-23, dimana beliau memperoleh minit bermain sebanyak 53 minit.

Safawi disenaraikan dalam skuad perlawanan dalam beberapa perlawanan namun bekas pemain T-Team FC itu hanya sekadar memanaskan bangku simpanan.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

Kelab Bola Sepak Dan Badan Sukan Yang Bekerjasama Dengan UNICEF

Kedah Darul Aman FC Keluarkan Kenyataan Rasmi Berkaitan Isu Pemilihan Logo Baharu Pasukan

JDT Umum Kerjasama Dengan UNICEF, Kini Sebaris Dengan Barcelona Dan Manchester United