Pemain sayap negara, Safawi Rasid memohon maaf kepada peminat mengenai cara beliau menjaringkan gol ketika berdepan Thailand pada Rabu lalu.

Safawi menjaringkan gol kemenangan Malaysia apabila beliau menyempurnakan sepakan penalti pada separuh masa kedua sekaligus memastikan Harimau Malaya menduduki tangga ketiga dalam carta kumpulan G peringkat kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

https://twitter.com/safawi37/status/1405559949653016576?s=21

Selepas menjaringkan gol, Safawi meraikan jaringan tersebut dengan isyarat seolah-olah meminta para pengkritik yang memberi komen mengenai prestasi beliau untuk menutup mulut.

Perkara ini jelas tidak disenangi oleh segelintir pihak terutamanya peminat bola sepak tanah air dimana mereka mahu Safawi terus memberi fokus terhadap skuad kebangsaan dan tidak memberi perhatian kepada perkara luar.

Sepanjang berada di Dubai, Malaysia tewas 4-0 kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE), 2-1 kepada Vietnam dan menang 1-0 ke atas Thailand.

Keputusan ini membawa Malayaia ke pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2023 yang dijangka akan bermula pada tahun hadapan.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia di sini:

FIFA Ranking: Malaysia Berjaya Kumpul 0.79 Mata Secara Keseluruhan Dari 4 Perlawanan

JDT Ketepikan Gonzalo Cabrera Dari Skuad ACL, Senaraikan Finalis Program Mencari Ramli

Akira Nishino Akui Kesilapan Memilih Pemain Punca Thailand Gagal Tampilkan Aksi Terbaik