Penyerang skuad kebangsaan, Safawi Rasid dijangka akan disenaraikan dalam skuad utama Portimonense SC buat kali kedua pada perlawanan pusingan ketiga Piala Portugal awal pagi Sabtu ini.

Portimonense dijadualkan menentang kelab dari divisyen 3 Portugal, UD Leiria sebelum menerima kunjungan kelab Nacional pada 29 November nanti untuk saingan Liga Portugal.

Minggu lalu, Safawi turut berada dalam senarai skuad utama berdepan dengan juara 2 kali UEFA Champions League, FC Porto namun beliau sekadar memanaskan bangku simpanan.

Untuk perlawanan menentang UD Leiria, Safawi berharap dapat buat penampilan pertama dan beliau kini giat menjalani latihan intensif untuk meningkatkan tahap kercergasan serta fizikal.

“Diturunkan atau tidak adalah keputusan daripada jurulatih dan saya serahkan kepadanya kerana beliau lebih mengetahui bila masa sesuai untuk bermain.

“Saya mahu diturunkan kerana sudah layak untuk bermain bersama pasukan utama dan bukannya tekanan daripada pihak tertentu hingga ‘terpaksa’ diturunkan.

“Ketika ini saya menjalani latihan seperti biasa malah kelab menyediakan program khas untuk saya supaya dapat membentuk fizikal serta kekuatan seperti pemain eropah,” katanya dalam Arena Metro.

Safawi Rasid
Sumber Gambar: Instagram Safawi Rasid

Dalam 3 perlawanan awal sebelum ini, Safawi tidak disenaraikan dalam skuad utama Portimonense SC sebaliknya beliau telah diturunkan dalam skuad U23 untuk mencari keserasian serta salah satu proses adaptasi dengan bola sepak eropah khususnya.

Sama-sama kita mendoakan kejayaan Safawi Rasid serta pemain-pemain Malaysia diluar negara untuk terus maju dan berjaya mengharumkan bola sepak Malaysia dimasa depan!

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan melalui pautan dibawah. 

Laporan Malaysia Tarik Diri Daripada Kelayakan Piala Dunia 2022 Dan Piala AFF Tidak Benar

Jalil Rasheed: 5 Perkara Penting Kelab Bola Sepak Perlu Pertimbangkan Sebelum Disenaraikan Di Bursa Malaysia

Wan Zack Haikal Kekal Bersama Selangor Musim Hadapan