Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Sadio Mane telah dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Lelaki Afrika / CAF buat kali kedua, menewaskan bekas rakan sepasukan Mohamed Salah untuk anugerah edisi 2022.

Sadio Mane dan Mo Salah itu dinamakan dalam senarai pendek tiga pemain terakhir untuk anugerah itu selepas kedua-duanya menikmati tahun yang prolifik dan kejayaan.

Kedua dua pemain terbukti menjadi nadi penting untuk Liverpool dalam kempen yang luar biasa, dengan menjaringkan 54 gol antara mereka ketika pasukan Jurgen Klopp menjulang dua trofi.

Di pentas antarabangsa, mereka dua kali bertembung dalam perlawanan akhir utama iaitu dalam final Piala AFCON dan Play Off Piala Dunia, dengan Mane muncul sebagai pemenang pada kedua-dua perlawanan tersebut dengan Senegal.

Salah dan Mane telah disertai dalam senarai pendek oleh penjaga gol Chelsea dan Senegal, Edouard Mendy, yang menikmati kejayaan cemerlangnya bersama Senegal.

Akhirnya, Mane yang dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Lelaki Afrika untuk 2022 selepas terbukti penting kepada kejayaan Senegal baru-baru ini, selain mencetak 23 gol untuk The Reds musim lalu.

Mane, kini dari Bayern Munich, dan ini kali kedua Mane menewaskan Mo Salah untuk anugerah tersebut selepas kali pertama pada 2019.

Bayern Munich berasa bangga kerana mereka akhirnya memiliki pemain pertama dalam sejarah kelab memenagi Anugerah Pemain Terbaik Tahunan CAF.

Presiden Bayern, Hebert Hainer berkata: “Tahniah Sadio Mane kerana sekali lagi dinobatkan Pemain Terbaik Tahunan Afrika. Dia memang luar biasa. Dan lebih penting, seorang insan berhati mulia yang menjadi duta kepada tanah airnya Senegal dan seluruh bola sepak, juga untuk Bayern dan Bundesliga.”

CEO Bayern, Oliver Kahn berkata: “Kami sangat gembira dengan kejayaan Mane mendapat anugerah. Bayern, dalam sejarah panjang kelab ini, belum pernah ada pemain yang memenangi Anugerah Pemain Terbaik Afrika untuk kelab.”

“Ini adalah satu kebanggan buat kelab kami. Kami sangat bangga kerana sekarang dia bermain untuk kelab ini. Dan kami ada banyak sasaran yang besar bersamanya.”