Passukan kebangsaan Senegal menerima berita buruk selepas penyerang, Sadio Mane, mengalami kecederaan ketika bermain untuk Bayern Munich.

Kecederaan itu berlaku kurang dua minggu menjelang sepak mula Piala Dunia 2022.

Bayern Munich menjamu Werder Bremen dalam aksi Bundesliga. Di mana Bayern dengan mudah berjaya memenangi perlawanan 6-1.

Di mana penyerang sensasi, Serge Gnabry mencetak hatrik dalam perlawanan tersebut.

Bintang muda mereka, Jamal Musiala terus menunjukkan aksi cemerlang dengan menjaringkan gol pembukaan minit ke-6 yang disamakan oleh Anthony Jung.

Namun Bayern selepas itu menjaringkan 5 lagi gol. Selain gol Musiala dan hatrik Gnabry,  lagi gol Bayern adalah menerusi Leon Goretzka dan Mathys Tel.

Walaupun mendapat 3 mata berharga, Bayern tersentak dengan krisis kecederaan penyerang mereka, Sadio Mane, yang terpaksa meninggalkan padang awal selepas bermain selama 20 minit sahaja.

Mane menerima rawatan pada lututnya sebelum dikeluarkan dan digantikan oleh seorang lagi pemain sayap laju dan lincah iaitu, Leroy Sane.

Bekas pemain Liverpool itu kemudian segera berjalan ke terowong dan bilik persalinan untuk melakukan pemeriksaan lanjut. Dia berjalan dalam keadaan terhincut hincut.

Bayern menyatakan keadaan kecederaan yang dialami Mane tidak terlalu serius dan akan diperiksa dengan pemeriksaan lanjut termasuk imbasan X-ray.

Mane berisiko terlepas beraksi dalam Piala Dunia 2022, ataupun terlepas aksi perlawanan awal melibatkan Senegal.

Mane pastinya berusaha untuk pulih secepat mungkin daripada kecederaan dialaminya untuk memastikan dirinya cukup cergas beraksi untuk negaranya dalam Piala Dunia 2022 akan datang.

Bayern Munich meneruskan pemburuan kejuaraan Bundesliga mereka pada musim ini. Dominasi Bayern di Bundesliga masih terlalu kuat untuk digugat.

Meskipun tanpa penyerang prolifik, Robert Lewandowski, Bayern masih menjaringkan gol dengan sesuka hati mereka di Liga Jerman itu.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Bayern Munich diundi menentang PSG dalam aksi pusingan 16 akhir Liga Juara Juara Eropah.