Penyerang sensasi Sabah FC, Saddil Ramdani masih tidak percaya dia mampu menghasilkan gol menerusi gerakan lincah untuk menembusi pertahanan lawan sekali gus berjaya mengikat Selangor FC dengan keputusan seri 1-1 dalam aksi Liga Super, semalam.

Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini

Saddil dianggap sebagai penyelamat pasukan apabila gerakannya dari luar kotak penalti untuk terus merembat gol ke gawang lawan pada minit-53 berjaya menafikan hasrat Selangor untuk raih tiga mata.

Bahkan, pemain dari Indonesia ini juga turut berterima kasih kepada rakan sepasukan yang nyata tidak berputus asa untuk memburu gol meskipun ketinggalan lebih awal selepas penyerang import Selangor, Herlison Caion memecah kebuntuan pada minit ketiga.

“Alhamdulillah ini adalah kerana berkat sokongan dan kerjasama daripada rakan sepasukan juga yang akhirnya saya berjaya mencipta gol seperti itu.

“Saya juga tidak menyangka untuk gol sebegitu kerana memang tunjuk ajar jurulatih, pemain harus perlu bergerak lebih jauh dan lebih berani untuk memegang bola seperti itu dan Alhamdulillah malam ini (semalam) sangat luar biasa.

Kredit Foto: Sabah Football Club

“Dengan penyokong juga sangat hebat, terima kasih saya ucapkan kepada semua penyokong kerana sokongan mereka juga kami mampu memberikan yang terbaik untuk perlawanan walaupun hanya mencuri satu mata dan kami patut bersyukur untuk itu”, jelasnya.

Dengan keputusan semalam berjaya meletakkan Sabah FC di tangga kedua liga apabila berkongsi 19 mata dengan Negeri Sembilan FC yang kini di kedudukan ketiga.

Namun, kapten Sabah FC, Baddrol Bakhtiar menyifatkan perjalanan pasukan masih jauh dan perlu bekerja lebih keras untuk memberi cabaran terutamanya kepada pendahulu liga ketika ini, Johor Darul Ta’zim (JDT).

“Kami masih lagi perlu lebih jauh dan masih lagi ingin belajar sesuatu terutamanya daripada juurlatih untuk kita membentuk keserasian Sabah tahun ini.

“Sedikit sebanyak kami akan membentuk pasukan ini sebagai pasukan yang ada semangat dan keharmonian.

“Ketika latihan, kami tidak pernah ada jurang antara pemain senior dan muda, dan pasukan Sabah tahun ini begitu akrab, paling penting kami inginkan semangat berpasukan yang begitu tinggi”, tambah Saddil lagi.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak seluruh dunia melalui pautan dibawah.

Benjamin Mora: PJ City Sentiasa Jadi Lawan Yang Kuat

Mbappe Mahu PSG Jual Neymar Kerana Tiada Pemain Lebih Besar Dari Kelab

Thiago Silva: Neymar Perlu Tinggalkan PSG Dan Sertai Chelsea