Pemain sayap Indonesia, Saddil Ramdani menandatangani kontrak lanjutan bersama Sabah yang menyaksikan beliau kekal bersama kelab dark Borneo itu sehingga musim 2022.

Perkara ini diumumkan oleh Sabah di laman media sosial rasmi pasukan dimana selain Saddil, dua lagi pemain iaitu Alto Linus dan Randy Baruh turut mendapat kontrak lanjutan.

“Tiga pemain Sabah, Saddil Ramdani, Randy Baruh dan Alto Linus menandatangani pelanjutan kontrak sehingga November 2022.”

“Berdasarkan daripada prestasi didalam dan diluar padang, pihak pengurusan sangat berpuas hati dengan komitmen yang diberikan oleh ketiga-tiga pemain ini,” dipetik dari kenyataan yang dikeluarkan oleh kelab.

Menurut perkongsian wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, selain menandatangani kontrak lanjutan, ketiga-tiga pemain turut menerima pemberian gaji baharu.

Saddil mempamerkan aksi yang memberangsangkan bersama Sabah dalam saingan Liga Super musim ini dimana beliau mencetak 3 gol serta 3 bantuan gol setakat ini.

Pemain berusia 22 tahun itu mencipta gandigan serta keserasian yang baik bersama dua lagi pemain iaitu Levy Madinda dan pemain senior, Amri Yahyah.

Ketika ini, skuad bimbingan Kurniawan Dwi Yulianto itu menduduki tangga ketujuh saingan Liga Super selepas menempuh 13 perlawanan.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia di sini:

Setiausaha Agung PSSI Beri Bayangan Luis Milla Bakal Ke Malaysia

JDT Nafi Tuduhan Mereka Punca Penurunan Prestasi Safawi Rasid

ACL 2021: Tiga Sepakan Penalti Pohang Kecewakan JDT