Kelab Bola Sepak Sabah (Sabah FC) nampaknya sudah bersedia untuk melakukan kejutan apabila mereka dijadualkan bertemu juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam saingan Liga Super malam ini.

Menurut kenyataan rasmi di laman facebook Sabah FC, kehadiran semula para penyokong di Stadium Likas bakal memberikan semangat tambahan kepada skuad Tambadau itu untuk mempamerkan aksi terbaik.

Ketua Jurulatihnya, Kurniawan Dwi Yulianto berkata tidak mustahil rekod tanpa kalah JDT berjaya dileburkan selepas mereka berjaya melakukannya ketika bertemu Terengganu FC pada perlawanan kelima.

167579934_2939134776333636_532352030310321382_n
FOTO: Sabah FC

Sabah turut  menganalisis beberapa video perlawanan JDT untuk mengenalpasti kekuatan dan kelemahan skuad kendalian Benjamin Mora itu.

“Sudah pasti semua pihak termasuk peminat setia ‘Rhinos’ mengharapkan kemenangan berpihak kepada Sabah FC yang bermain di Stadium Likas sambil disaksikan sendiri oleh kehadiran pertama penonton…Kita memberi jaminan untuk melakukan persembahan yang terbaik sebagai hadiah kepada mereka yang hadir ke stadium malam esok,” kata Kurniawan.

Kurniawan berkata, mood pemain Sabah FC juga berada pada tahap yang membanggakan sekaligus berharap agar pemain dapat mengekalkan dan meneruskan rentak permainan terbaik mereka dalam beberapa siri perlawanan sebelum ini.

“Apa yang pasti Sabah FC pasti akan melakar sejarah sebagai kelab pertama dapat menewaskan JDT di Stadium Likas. Kita yakin jika semua pemain menunjukkan komitmen 100% tidak mustahil perkara ini dapat akan dicapai,” jelasnya.

Sabah FC
FOTO: Sabah FC

Bagaimanapun, mereka berdepan sedikit masalah apabila beberapa pemain utama mengalami kecederaan termasuk Park Taesu yang tidak dapat diturunkan kerana telah memungut tiga kuning kuning.

“Kita mempercayai pemain yang ada. Saya yakin dengan pemain sedia ada dalam Sabah FC ini untuk selalu bersedia bermain secara maksimal dalam saat diperlukan…Latihan petang ini kita akan cuba untuk membuat perancangan untuk bermain menghadapi JDT esok,” katanya.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia melalui pautan dibawah. 

Perak Hadapi Masalah Tunggakan Gaji?

MFL Umum Pindaan Jadual Liga Malaysia, 5 Perlawanan Bagi Setiap Pasukan MSL Dalam Bulan Ramadan 2021

Peningkatan Kos Operasi Punca Harga Tiket Selangor Naik Mendadak