Pendatang baharu Liga Super musim 2020, pasukan Sabah dikhabarkan semakin hampir untuk mendapatkan khidmat pemain kacukan Thailand-Jerman bagi mengisi kuota pemain import Asia Tenggara.

Pemain kacukan yang dimaksudkan ialah Dennis Buschening dimana pemain tersebut boleh beraksi di mana-mana posisi di bahagian serangan serta boleh beraksi di bahagian sayap. Pemain berusia 29 tahun itu pernah beraksi dalam saingan Liga Thailand serta beberapa pasukan dalam saingan Liga Jerman.

Sabah

DennisBuschening. Sumber Gambar: Flickr

Dennis memulakan karier profesional bersama Westfalia Rhynern pada 2010 dan kemudiannya menyertai SC Verl pada 2011 dan Hammer SpVg pada 2012. Setelah tiga musim beraksi di Jerman, Dennis berhijrah ke Thailand dengan menyertai Buriram United pada 2013.

Akan tetapi, pemain kelahiran Esslingen am Neckar ini kemudiannya dipinjamkan ke BEC Tero Sasana pada musim yang sama. Beliau kemudianya menyertai Army United pada 2014, Siam Navy pada 2016 dan kemudiannya beraksi bersama Ang Thong pada 2017. Musim 2019, Dennis beraksi bersama Chainat Hornbill dalam saingan Thai League 1.

Bagi saingan musim 2020, Sabah akan dibimbing oleh lagenda skuad kebangsaan Indonesia, Kurniawan Dwi Yulianto dan bakal dibantu oleh jurulatih yang membawa pasukan itu menjuarai Liga Perdana 2019, Jelius Ating.

Baca artikel lain mengenai pasukan Sabah yang telah kami sediakan di sini:

Liga Malaysia 2020: Kurniawan Dwi Yulianto Sah Jurulatih Baharu Sabah

Wawancara Eksklusif Sofie Imam Faizal, Pelatih Fisik Sabah FA Dari Indonesia

Liga Malaysia 2020: Saddil Ramdani Sertai Pasukan Sabah Musim Depan?

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group