Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA), Datuk Peter Anthony mahu melihat skuad Tambadau menjadi antara pencabar terkuat dalam saingan Liga Super musim 2020 dan memenangi sekurang-kurangnya satu piala.

Sabah kembali semula dalam saingan Liga Super selepas tujuh musim selepas mereka dinobatkan sebagai juara Liga Perdana, musim lalu.

Walaupun keputusan perlawanan pada jelajah pra-musim di Indonesia tidak begitu memuaskan, namun beliau tidak memandang keputusan tersebut sebagai ukuran sebenar kekuatan anak buah Kurniawan itu.

“Ia bukan tugas mudah, namun saya yakin dan memberi kepercayaan sepenuhnya kepada ketua jurulatih, Kurniawan Dwi Yulianto, untuk membentuk satu pasukan yang mantap.

“Saya juga akui keputusan pra-musim di Indonesia, baru-baru ini, tidak begitu memihak kepada kita tetapi keputusan di sana bukanlah perkara penting kerana apa yang lebih penting ialah keputusan pada saingan liga sebenar nanti,” katanya dalam portal Berita Sabah.

86721284_2604958546417929_5362034418699468800_o
FOTO: Sabah FA

Sabah sebelum ini memulakan pra-musim mereka di Indonesia dengan aksi persahabatan bertemu Persebaya Surabaya dan tewas 3-1.

Mereka kemudian menyertai kejohanan jemputan Piala Gabenor Jawa Timur di Malang dan mencatat dua kekalahan serta satu seri dalam aksi kumpulan B pertandingan itu.

Aksi pertama dan kedua menyaksikan Tambadau tewas 2-0, masing-masing kepada Arema FC serta Persija Jakarta dan kemudian seri 2-2 dengan Persela dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan.

Aksi pertama Sabah dalam saingan Liga Super nanti ialah bertemu Polis Diraja Malaysia (PDRM) di gelanggang lawan.

Baca artikel lain mengenai perkembangan pasukan Sabah yang mungkin anda terlepas pandang.

Liga Malaysia 2020: Tonggak Tengah Skuad Kebangsaan Namibia Sertai Sabah

Sabah Dapatkan Khidmat Bekas Pemain Import, Hector Ramos