Skuad Tambadau raih kemenangan pertama dalam jelajah pra musim di Filipina apabila mereka menewaskan Kaya FC Iloilo, 2-0 semalam sebagai persediaan menghadapi saingan Liga Super musim ini.

Dua jaringan daripada pemain skuad kebangsaan iaitu Arius Dius dan Azzizan Nordin memastikan Sabah mencatat kemenangan pertama sebelum bertemu Stallion Laguna FC dua hari kemudian (23 Januari).

Perlawanan itu juga menjadi medan untuk menguji keserasian antara pemain tempatan dengan dua pemain import baharu yang dibawa masuk iaitu Dennis Buscheing dan Hector Omar Ramos.

“Ini adalah ujian terbesar pertama pasukan dalam persiapan musim ini. Saya percaya dua perlawanan ini akan memberi tambahan idea yang lebih baik kepada barisan jurulatih memantapkan lagi pasukan.

“Kami mungkin akan membawa 22 pemain ke perlawanan itu termasuk dua calon import yang kini dalam proses akhir menyarung jersi Tambadau musim ini,” kata pengurus pasukan, Henry Saimpon.

Dennis ialah pemain kacukan Thailand-Jerman yang bermain di posisi serangan dan pernah beraksi di liga Jerman serta Thailand.

Ramos pula ialah bekas penyerang Sabah yang lebih dikenali sebagai Pito pada 2018. Penyerang dari Puerto Rico itu menyumbangkan 20 gol dalam 18 penampilan bersama Sabah.

Dua lagi import Sabah ialah penyerang dari Serbia, Rodoljub Paunovic dan pertahanan dari Korea Selatan, Park Tae Su, kedua-duanya dikekalkan dari skuad musim lalu.

“Dua perlawanan di Filipina nanti juga ujian baik buat pasukan kita kerana pasukan lawan turut dibarisi ramai pemain import,” kata Henry yang juga Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA).

66753677_2416979605215825_4697266213917556736_n
FOTO: FA Sabah

Sabah yang akan beraksi dalam saingan Liga Super musim ini dibimbing ketua jurulatih dari Indonesia, Kurniawan Dwi Yulianto. Sabah kembali ke saingan utama bola sepak negara itu selepas muncul juara Ligaa Premier musim lalu.

Sabah akan memulakan cabaran Liga Super musim ini menentang Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras pada 1 Mac.

Lagi artikel menarik mengenai perkembangan Liga Malaysia musim 2020 melalui pautan dibawah.

Hatrik Kipre Tchetche Bantu Kedah Singkirkan Tai Po FC

Melaka United Hadapi Perlawanan Pra Musim Menentang Persib Bandung

Laman Twitter Rasmi Digodam, Media Pahang FA Buat Laporan Kepada Pihak Berkuasa