Bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim hadapan khususnya pentas Liga Super, juara Liga Perdana 2019, Sabah berhajat untuk membawa masuk pemain bintang bagi membawa cabaran pasukan sekaligus memastikan mereka memberikan cabaran hebat kepada pasukan lain.

Perkara ini disuarakan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA), Datuk Peter Anthony dimana beliau menyatakan beberapa pemain berprofil tinggi sudah dikenal pasti bagi menyarung jersi skuad Tambadau musim hadapan.

Sabah
Datuk Peter Anthony

“Barisan pemain yang akan membawa cabaran pasukan sebenarnya sudah kita senarai pendek, namun nama-nama itu kita belum boleh umumkan sehinggalah perjanjian dimuktamadkan. Kalau saya umumkan sekarang, apa lagi yang saya mahu umumkan nanti,” katanya menurut laporan Stadium Astro.

Sabah sebelum ini pernah menggunakan pemain berstatus bintang seperti bekas pemain Liverpool dan Leeds United, El Hadji Diouf pada saingan musim 2015. Namun, penyerang dari Senegal itu mempunyai masalah disiplin dimana beliau seringkali ‘hilang’ dari sesi latihan.

Selain itu, Diouf juga sering kali membuat tingkah-laku yang seolah-olah tidak menghormati pasukan dimana beliau secara terbuka berminat untuk menyertai Johor Darul Ta’zim walaupun masih mempunyai kontrak bersama SAFA.

Sabah
El Hadji Diouf

Mengulas lanjut, Peter Anthony tidak memberikan sebarang maklumat mengenai pemain yang akan dibawa masuk namun beliau secara berseloroh menganggap pemain tersebut memiliki kualiti untuk membantu pasukan mengejutkan pasukan seperti JDT.

Sabah muncul juara Liga Perdana musim ini dengan kelebihan 10 mata dihadapan pasukan tempat kedua, JDT II sekaligus melayakkan mereka beraksi di Liga Super musim 2020.

Baca artikel lain mengenai pasukan Sabah di sini:

Sabah Bakal Lantik Ketua Jurulatih Pasukan Baharu

Sabah Dan PDRM Perlu Selesaikan Proses Pelesenan Kelab Sebelum Naik Ke Liga Super