Kelab Bola Sepak Sabah (Sabah FC) hari ini melancarkan kit jersi ketiga sebagai jersi alternatif bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim ini.

Menurut kenyataan rasmi, jersi tersebut dikenali sebagai ‘The Bayu’ kerana mengambil inspirasi daripada motto negeri Sabah yang digelar sebagai Negeri di Bawah Bayu.

“Asal usul motto ini adalah daripada bahasa Inggeris iaitu “Land Below The Wind” yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu sebagai “Negeri di Bawah Bayu”. Land Below The Wind adalah nama kawasan yang diberikan oleh para pelayar untuk merujuk kepada semua kawasan daratan yang terletak di bawah kawasan taufan Barat laut Lautan Pasifik.”,” tulis kenyataan rasmi.

Saksikan rakaman video pengenalan mengenai jersi tersebut melalui pautan dibawah.

Menggunakan jenama Lotto, jersi ini menjadikan warna putih sebagai warna asas ditambah pula dengan elemen garisan berwarna merah dan biru di bahagian depan sebagai warna rasmi bendera negeri Sabah.

Seperti jersi ‘Home’ dan ‘Away’, jersi ketiga ini dijangka akan dijual pada harga RM109 dan boleh didapati secara online melalui laman web Sabah FC iaitu : https://sabahfc.onpay.my/, Segala maklumat lanjut akan diberitahu melalui laman sosial rasmi Sabah FC.

Perlawanan menentang Selangor FC pada malam ini akan menyaksikan ‘debut The Bayu’ di Liga Super 2021.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan melalui pautan dibawah.

Nasib Zainal Abidin Bagai Telur Di Hujung Tanduk, Mehmet Durakovic Dan Nidzam Jamil Calon Pengganti

Stuart Ramalingam – Pemain Sentuh Pengadil Tidak Semestinya Satu Kesalahan Atau Provokasi

Beralih Ke Futsal, Shahrom Kalam Bakal Sertai Selangor Tot United?

Ong Kim Swee: Kita Perlu Beri Bimbingan Buat Skuad Projek FAM/MSN