Sabah FC mengambil keputusan untuk menamatkan kontrak pemain import kacukan Thailand-Jerman, Dennis Buschening bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim ini.

Perkara ini dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam dimana kedua-dua pihak antara Sabah dan Dennis dilaporkan telah mencapai persetujuan bersama untuk menamatkan kontrak.

Sabah menandatangani Dennis Buschening dari kelab Thai League 2, Chainat Hornbill bagi mengukuhkan jentera serangan pasukan musim lalu.

Namun, ekoran negara dilanda pandemik COVID-19 dan liga terpaksa dihentikan, pemain berusia 29 tahun itu tidak dapat menampilkan prestasi sebenar beliau serta tidak menjadi pilihan bagi membarisi kesebelasan utama.

Dennis Buschening

Bagi menghadapi saingan musim 2021, Sabah telah mendapatkan khidmat tiga pemain import baharu iaitu pemain sayap Indonesia, Saddil Ramdani, pemain tengah skuad kebangsaan Gabon, Levy Madinda, ketua pasukan skuad kebangsaan Liberia, Sam Johnson dan pemain pertahanan dari Macedonia, Risto Mitrevski.

Park Tae-soo merupakan satu-satunya pemain import yang dikekalkan daripada skuad musim lalu.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

Kisah Penswastaan Kedah FC Dari Sisi Shaizuan Flumen Holdings Sdn Bhd Yang Peminat Kedah Perlu Tahu

‘Mesin Gol’ Dari Ukraine Sertai Pahang Ganti Tempat Sergio Aguero

Dua Syarikat Tempatan Tak Jadi Ambil Alih Kelab Bola Sepak Kedah Darul Aman