Sabah FC mahu membawa masuk pemain sayap skuad kebangsaan Indonesia, Saddil Ramdani bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim ini.

Perkara ini dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam dimana Sabah mengalihkan perhatian ke Saddil setelah membatalkan niat untuk mendapatkan penyerang Arema FC, Kushedya Hari Yudo.

Saddil bukan nama yang asing di Liga Malaysia apabila sebelum ini beliau pernah beraksi bersama Sri Pahang pada saingan musim 2019 lalu.

Namun, perjalanan Saddil bersama Pahang hanya satu musim sahaja dimana pengurusan pasukan memutuskan untuk tidak memberi kontrak lanjutan kepada pemain berusia 22 tahun itu bagi menghadapi musim 2020.

Sabah dilihat tidak berdepan masalah untuk meyakinkam Saddil Ramdani bagi menyertai mereka kerana saingan Liga 1 Indonesia yang masih belum jelas sehingga saat ini.

Selain itu, Sabah dibimbing oleh ketua jurulatih dari Indonesia iaitu Kurniawan Dwi Yulianto. Secara tidak langsung, dua faktor ini bakal memudahkan usaha Sabah bagi mendapatkan tandatangan Saddil.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

Makan Konate Kembali Ke Liga Malaysia, Sah Sertai Terengganu FC

Malaysia Mohon Perlawanan Kelayakan Piala Dunia Ditunda Ke Bulan Jun

RASMI: Liga Malaysia Ditunda Ke 5 Mac, Piala FA Tiada Dalam Kalendar Musim 2021